in

WOW! Konsert Gig Norma Baharu, Dibanjiri Lebih 2000 Orang Siap Patuh SOP 2 Meter Lagi!

Aa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak pandemik COVID-19 ini melanda dunia, kita jarang lihat adanya penganjuran konsert berskala besar. Para pengkarya industri hiburan juga telah memilih jalan selamat untuk membuat konsert secara maya bagi mengurangkan jangkitan wabak tersebut.


Tetapi di Newcastle United Kingdom, sebuah konsert gig berskala besar telah dianjurkan di Gosforth Park pada 11 Ogos yang lalu.

Apa yang menariknya, konsert Virgin Money Unity Arena ini menyediakan ruang untuk penonton supaya dapat patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan menjarakkan pengunjung dengan jarak 2 meter. Situasi menarik ini telah dikongsikan oleh Rex Chapman di Twitter miliknya.

 

Penganjur juga telah menyediakan sebanyak 500 ruang kecil yang memuatkan empat hingga lima orang setiap satunya. Ruang tersebut akan menempatkan ahli keluarga atau rakan mereka sendiri dan diasingkan daripada kumpulan lain.

Dibanjiri lebih 2000 pengunjung

Dilaporkan bahawa konsert ini mendapat sambutan hangat dari pencinta muzik tempatan apabila telah dibanjiri dengan 2500 pengunjung. Wow!

A5

A4

Antara artis yang membuat persembahan adalah The Bootleg Beatles, Rumours of Fleetwood Mac dan pelawak Jimmy Carr. Tidak ketinggalan hiburan untuk kanak-kanak iaitu Dinasour World Live. Memang havoc laa!

Mesti korang fikir macam mana nak beli makanan kan? Jangan risau. Pengunjung boleh memesan makanan dan minuman melalui pesanan dari pekerja yang telah ditugaskan untuk ambil pesanan dan hantar terus ke tempat duduk penonton.

 

Layanan macam raja lah orang kata. Admin yakin ramai orang Malaysia dah lama tak keluar pergi konsert. Takpe korang sabar dulu sebab kita kena ambil langkah berjaga-jaga. Korang layan dulu lagu kat rumah.

Baca: “Telan kaset” – Tokti Belanja Netizen Dengan ‘Konsert Mini’ di Instagram

Aaa

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.