in

“Will you marry me?”- Ganti Cincin Dengan MacBook Air, Gadis Ini Dilamar Dengan Cara Unik Buat Ramai Cemburu

Cats 73

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pasangan bercinta mesti sudah pasang angan-angan nak berkahwin, betul tak? Takkan la bercinta bertahun-tahun tapi tak nak kahwin kan? Sudah menjadi perkara biasa bila seseorang itu dilamar oleh pasangan mereka dengan sebentuk cincin sebagai tanda ingin mengajak mereka mendirikan rumah tangga bersama.


Tapi, lain pula yang dialami oleh gadis ini sebab dia bukan dilamar dengan sebentuk cincin tau. Haaa habis tu pakai apa?

 

Dilamar dengan MacBook Air 

Menerusi satu tweet yang dimuat naik oleh gadis bernama Siti Masyitah Shabri baru-baru ini di Twitter, dia berkongsi kisah dilamar oleh kekasih hatinya dengan MacBook Air dan sekeping nota.

“Siti Masyitah, will you marry me?”

 

 

Ibu dah plan dengan boyfriend

Sebelum dia menerima kejutan itu, gadis yang mesra disapa Masyitah ini dipanggil oleh ibunya untuk turun ke dapur bagi membantu menyiapkan sarapan.

“Ibu panggil suruh turun bawah siapkan sarapan, jadi saya pun turun. Tiba-tiba saya ternampak ada satu kotak atas meja makan.”

Terkejut dengan kotak misteri itu, Masyitah terus buka kotak tersebut seperti yang disuruh oleh ibunya. Dia agak terkejut bila ternampak sekeping nota lamaran untuk dirinya dan sebuah MacBook Air.

E4Ofuluveaeqonj

“Rupanya Nuqhman dengan ibu dah berpakat nak buat kejutan untuk saya.”

Menurut UtusanTV, gadis ini langsung tak sangka yang teman lelaki dia akan beri kejutan itu sebab dia pun sudah lama tidak berjumpa dengan kekasihnya disebabkan PKP yang memisahkan diorang.

E4Ofum Ucammqy2

Gadis ini juga mengatakan yang dia dan bakal suaminya akan segera melangsungkan perkahwinan mereka selepas keadaan negara kembali pulih seperti sedia kala.

 

Ramai ucap tahniah

Melihat di ruangan komen, ramai antara kawan gadis ini yang mengucapkan tahniah dan terharu sebab kawan diorang bakal bergelar isteri tak lama lagi.

Ada juga yang siap bagi hint dekat boyfriend diorang suruh melamar macam itu juga.

0

343

Sweetnyaa boyfriend Masyitah! Kita doakan diorang dipermudahkan urusan dan cepat-cepat kahwin. Dah bau nasi minyak ni.

 

Sumber: ciciyhi, UtusanTV

Baca:“Nikoh jom” – Lamaran Engku Emran Untuk Noor Nabila Dari Belon Udara Panas Curi Perhatian Netizen

Jjj

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.