in

WHO Isytihar Wabak Polio Di Malaysia Telah Tamat

2Polio

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyakit polio adalah penyakit berjangkit yang disebabkan virus polio yang menyerang sistem saraf manusia dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal sepanjang hayat. Penyakit ini juga boleh menyebabkan kegagalan pernafasan dan turut membawa maut.


Screenshot 2021 09 12 At 12.38.57 Pm

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi akaun Twitter @KKMPutrajaya dalam satu kenyataan semalam berkata, wabak polio di Malaysia telah diisytiharkan tamat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Screenshot 2021 09 12 At 12.40.10 Pm Screenshot 2021 09 12 At 12.40.20 Pm Screenshot 2021 09 12 At 12.40.27 Pm Screenshot 2021 09 12 At 12.40.35 Pm Screenshot 2021 09 12 At 12.40.41 Pm

Pengisytiharan ini dilakukan berdasarkan pasukan khas penilai yang terdiri daripada pakar antarabangsa yang menjalanankan penilaian menyeluruh terhadap tindakan kawalan dan pencegahan wabak polio di Malaysia.

Untuk rekod, Malaysia telah dikejutkan dengan pengesahan satu kes polio yang dikesan di Sabah pada penghujung tahun 2019. Kes tersebut adalah yang pertama selepas kes terakhir dikesan di Malaysia 27 tahun yang lalu.

Screenshot 2021 09 12 At 12.39.06 Pm

Sesungguhnya dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan tanpa mengira penat lelah bagi memastikan setiap kanak-kanak di dalam negara kita terpelihara daripada jangkitan polio adalah usaha yang mulia dan amat dihargai” – Menteri Kesihatan

Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin turut memuji barisan hadapan dalam mengawal penularan wabak polio dari tersebar walaupun negara berdepan pandemik Covid-19 ketika ini.

 

Baca: “Polio tu boleh sebabkan lumpuh seumur hidup” – Virus Polio Kembali Semula Lepas 27 Tahun Hilang Dari Malaysia

Screenshot 2021 09 12 At 12.43.24 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.