in

“Polio tu boleh sebabkan lumpuh seumur hidup” – Virus Polio Kembali Semula Lepas 27 Tahun Hilang Dari Malaysia

Feature Image Polio

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni kecoh di media sosial pasal satu penyakit dikenali sebagai Polio yang telah lama hilang dari Malaysia tapi kini kembali semula menyerang bayi berumur 3 bulan di Sabah.


Menurut The Malaysian Insight, penyakit itu menyerang seorang bayi berumur 3 bulan selepas bayi itu tidak menerima vaksin polio.

Negara Malaysia juga dikatakan telah bebas dariapda penyakit ini hampir 27 tahun, namun malangnya penyakit itu kembali semula.

Polio tu apa sebenarnya?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya penyakit polio yang menjadi bualan hebat dekat media sosial. Yelah, dah 27 tahun hilang mesti ramai yang tak tahu kan.

Namun, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Aen telah berkongsi kepada umum dan menjelaskan di laman Twitter miliknya mengenai penyakit polio.

Menurut Dr. Aen, penyakit polio atau nama sebenarnya poliomyelitis merupakan satu penyakit yang mampu memberi komplikasi seumur hidup terhadap penghidap dan boleh juga menyebabkan kematian. Kompikasi yang berlaku adalah individu yang terkena penyakit ini boleh menjadi lumpuh seumur hidup.

Tambahnya lagi, virus polio ini sangat mudah untuk merebak melalui cecair daripada tubuh badan ataupun najis manusia. Virus ini akan menyerang di kawasan sel otak dan saraf tunjang yang secara tidak langsung boleh menyebabkan lumpuh.

Polio 2
Sumber: twitter

Kenapa pula boleh bawa kepada kematian?

Selain itu, virus ini juga mampu membawa kepada kematian kerana ia boleh melemahkan otot pernafasan sehingga pesakit tidak mampu bernafas.

Doktor ini turut berkata, rakyat Malaysia beruntung kerana negara ini mempunyai Inactivated Poliovirus Vaccine (IPV) yang secara tidak langsung digunakan untuk mengawal penyakit tersebut.

Huish, bila baca threads doktor ni, scary juga rupanya penyakit polio ni. Korang jangan buat mudah je dengan penyakit polio ni. Kalau doktor kata kena ambil vaksin, better ambil je. Nanti kalau dah kena penyakit ni kan susah.

 

Baca: “Kalau disuruh pilih aku tak nak lahir dari rahim dia” – Anak Tergamak Jual Mak Harga Tak Sampai RM3 Sebab Berpenyakit

La

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.