in

“Who is koyak now?” – Aktivis Ini Perlekeh Malaysia Lepas Israel Raih Pingat Pertama Olimpik 2020

Cover 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa bulan lalu, rakyat Malaysia melakukan serangan siber ke atas warga Israel selepas mereka menyerang penduduk Palestin dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan.


Terbaharu, warganet Malaysia sekali lagi ‘menyerang’ warga Israel selepas seorang aktivis memperlekeh Malaysia yang masih belum meraih sebarang pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Kenyataan tersebut dikeluarkan aktivis tersebut dalam satu ciapan di Twitter. Ironinya, perbandingan ini dilakukan selepas baru sehari Sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung. Untuk rekod, Israel meraih pingat gangsa menerusi sukan taekwando wanita bawah 49kg.

Tidak cukup dengan itu, seorang wanita Israel yang sebelum ini pernah ‘berperang’ dengan warganet Malaysia membalas ciapan tersebut dengan mengatakan warga Malaysia ‘koyak’.

Ciapan aktivis ini menarik perhatian warganet Malaysia, yang rata-ratanya beranggapan mereka masih terkesan dengan serangan siber rakyat Malaysia tempoh hari.

Malah, ramai yang membalas dengan mengatakan negara Israel tidak sepatutnya bertanding di Olimpik 2020 kerana mereka tidak wujud di dalam peta.

A 2

B 2

V

Untuk rekod, pada Sukan Olimpik Rio 2016 sebelum ini, Malaysia berada di tangga ke-60, manakala Israel berada di tangga ke-77.

 

BACADiundi Menentang Israel, Atlet Algeria Ini Nekad Tarik Diri Dari Sukan Olimpik Tokyo 2020

2Judo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.