in

“What the hell??” – Pelawak Singapura Pening Tengok Cara Pelik Publika Label Level Bangunan

Lebel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"What the hell??" - Pelawak Singapura Pening Tengok Cara Pelik Publika Label Level Bangunan
Loading
/

Korang pernah pergi pusat beli belah Publika tak? Admin pernahlah pergi ke pusat beli belah ni beberapa kali dan the last time admin pergi sana, admin tersesat tau cari kereta tak jumpa-jumpa kat kawasan parking! Naik turun lif berkali-kali baru lah jumpa kereta.


Publika E1449595255867
sumber: uem

Kalau admin yang duduk kat Malaysia ni pun confused, apatah lagi orang dari negara luar yang baru datang ke sini. Menerusi video yang dikongsikan pelawak Singapura, Fakkah Fuzz di Facebook, dia menunjukkan turutan nombor pelik kat papan tanda lif di Publika yang boleh mengelirukan pengguna.

Mana nombor satu, dua, tiga? 

“Okay seriously Malaysia, kenapa tak boleh nomborkan (aras) satu, dua, tiga? What the hell is this??” katanya sambil ketawa dengan rakan-rakan yang sama-sama confused.

Fuzz jugak sempat menunjukkan level G1, tempat di mana dia berada dan memerli, mana nombor satu, dua, tiga dan kenapa digantikan dengan U1, U2, U3, U3A dan lain-lain yang tak masuk akal langsung. Serius admin yang tengok pun pening wei. Pebenda numbering macam ni??

Capture 20180504 111822
sumber: facebook
Capture 20180504 111906
sumber: facebook

Ramai akui label aras Publika mengelirukan! 

Posting video Fuzz dengan pantas viral di media sosial dan ramai di kalangan netizen mengakui yang mereka pun alami masalah yang sama! Haha okay ingatkan admin je yang sama-sama pening dengan Fuzz!

Kutuk 1
sumber: facebook
Kutuk 2
sumber: facebook

Netizen perjelas maksud nombor aras 

Dalam pening-pening fikirkan logik di sebalik numbering aras kat Publika tu, ada pulak netizen yang sudi jelaskan apa maksud di sebalik nombor-nombor ni dan kenapa pihak Publika gunakan sistem pelik ini. Tapi admin still tak faham actually, cuba korang baca. Faham ke idok??

“Level 3, 4, 5 mungkin tak boleh diakses dari blok yang korang berada sekarang. G1 ialah Ground 1, UG = Upper Ground (lebih kurang macam aras mezzanine lah). Dan bila korang naik level G2 dan G3, aras ni masih dikira ‘ground’ floors sebab Publika dibina atas bukit dan ada banyak pintu keluar kat setiap level. 

“U1, U2 dan lain-lain tu ialah level yang tak ada exit (pintu keluar) dan kalau korang nak keluar jugak, mungkin boleh jatuh bangunan dan mati. B ialah basement dan exit tak boleh diakses dari aras ni sebab korang sekarang berada di bawah tanah,” jelas salah seorang netizen.

Err korang faham tak ni??

Giphy 2

Posting Fakkah Fuzz yang dah mendapat 2.1k likes dan 1.7k shares masih menjadi buah mulut netizen sehingga kini. Apa-apapun kami harap netizen yang berkunjung ke Publika nanti sentiasa alert dengan aras mana korang berada dan di mana korang parking kereta. Takut-takut tersesat macam admin pulak nanti.

Pernah tersesat kat Publika? Kongsikan pendapat korang dengan kami! 

Baca: Siapa Berdiri Cop Petak Parking Untuk Orang Lain Boleh Kena Penjara Setahun! Tau Tak? 

Cop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.