in

Siapa Berdiri Cop Petak Parking Untuk Orang Lain Boleh Kena Penjara Setahun! Tau Tak?

Savev E1613190255171

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah nampak tak orang berdiri dalam petak parking sebab nak cop kan untuk orang lain? Kalau tak untuk kawan-kawan, maybe dorang tolong berdiri kat dalam petak tu untuk cop parking kereta family.


Hari tu kecoh ada sorang perempuan ni dengan mak dia duk berdiri cop parking kat satu shopping mall di New York. Mula-mula ada satu kereta nak masuk petak parking tu tiba-tiba ada perempuan berlari-lari and stop dalam petak parking tu, tolong cop untuk kereta ayah dia. Pernah je kan ada kes macam ni dekat Malaysia? Siapa pernah kena?

Ezgif.com Video To Gif 1
sumber: youtube

Persoalan dia, boleh ke duk main cop-cop parking ni? Actually ada undang-undang yang cakap pasal ni kat Malaysia dan kelakuan tu sebenarnya melanggar undang-undang. Hah, mesti ramai yang tak tahu, kan?

Menurut AskLegal, cop parking kat orang lain ni sebenarnya ada disebut dalam Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1976 dan memang satu kesalahan jenayah.

“Sesiapa, melainkan pihak yang berkuasa, berada di mana-mana jalan atau tempat letak kenderaan atas tujuan untuk mengganggu orang lain kerana menjaga atau membersihkan kenderaan, atau untuk mengarahkan pemilik kenderaan meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan seperti itu atau tempat seperti itu, individu boleh disabitkan kesalahan melanggar undang-undang.”

Nanti
sumber: youtube

Maknanya, orang yang tolong cop parking memang masuk kategori ni lah cite dia. Yang offer nak bersihkan kereta korang tu pun termasuk sekali lah. Penalti untuk kesalahan ni masuk bawah Seksyen 119, so siapa yang bersalah tu boleh kena denda RM2000 atau 6 bulan penjara.

Kesalahan berulang pulak boleh kena denda sampai RM4000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali. Haa so tak payah lah nak cop-cop parking kat kawan korang lagi dah lepas ni eh.

Ijsoiqwd
sumber: youtube

So apa korang boleh buat kalau ada orang duk tercegat halang korang masuk petak parking? Bukan acah-acah nak langgar dorang sampai dorang pergi dari situ ataupun record and viralkan dorang, tapi beberapa cara ni:

  1. Hantar mesej Whatsapp pasal semua details kejadian yang korang ada kat 011-51115252
  2. Boleh hantar emel kat aduantrafik@jpj.gov.my
  3. Call je 03-8886-6412

Haa mudah je kan? So korang tak payah la gaduh-gaduh dengan orang macam ni, pendek cerita lapor je diorang tu. Settle!

Baca: 5 Perangai Orang Malaysia Buat Waktu Parking Yang Boleh Bawa Bergaduh. Sakit Hati!

Cop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.