Rezeki sememangnya datang bergolek buat Intan Serah, pemain bola sepak dan futsal wanita negara itu disahkan akan menjadi sebahagian daripada kelab berpangkalan di New York iaitu New York Dutch Lions (NYDLFC).
Berita gembira itu diumumkan NYDLFC dalam akaun Instagram rasmi mereka semalam dan berkata Intan telah ditandatangani (signed) untuk menyertai pasukan itu.
View this post on Instagram
“Berlaku sedikit penangguhan kerana visa yang dia perlukan dari kedutaan. Tetapi sekarang, itu semua telah diselesaikan dia boleh memulakan perjalanannya bersama kami!
Selamat datang ke New York dan kami teruja untuk bersama anda Intan!” Tulis kenyataan itu.
Intan Serah bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak negara, atlet yang berusia 24 tahun itu juga bukan sahaja hebat di atas padang tetapi dia juga sangat aktif di media sosial serta ada menempa nama dalam industri lakonan, peragaan dan dunia streaming.
Sebagai info, dia pernah diangkat sebagai pemain terbaik kejohanan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019 bagi kategori wanita.
Congrats Intan!
Baca: Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Didakwa Pukul Teman Wanita Sampai Lebam?