Baru-baru ini seorang doktor wanita mendakwa telah dipukul oleh teman lelakinya yang juga merupakan seorang pemain bola sepak.
Kejadian itu terjadi selepas didakwa berlakunya pertengkaran di antara pasangan tersebut di sebuah hotel dekat Petaling Jaya pada 7 Jun lalu.
Menurut sumber, ini bukanlah kali pertama dan berdasarkan pendedahan yang dibuat wanita itu, perkara ini sudah berlaku beberapa kali yang menyebabkan dia membuat keputusan untuk mendedahkannya kepada orang ramai.
“Assaulted with the man I love. Dulu berjanji untuk setia selamanya sehingga tua. Tapi akhirnya.. Terkadang wanita boleh jadi b*d*h dengan orang yang dia sayang, berdiam dan bertahan. Sekarang saya phobia dan trauma,” tulisnya.
Selain itu, wanita tersebut turut mendakwa dia ditinggalkan berseorangan dalam kesakitan di dalam bilik hotel sebelum membuat laporan polis tentang kes tersebut.
Menurut wanita itu, dia sudahpun membuat laporan polis mengenai teman lelakinya itu yang sering ‘naik tangan’ apabila tidak berpuas hati terhadapnya.
Difahamkan, teman lelakinya itu masih lagi bergiat dalam sukan bola sepak dan masih bermain untuk kelab pasukan bola sepak di Malaysia.
Netizen turut bersimpati
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan, namun ada juga warganet yang berpendapat bahawa kita harus mendengar cerita daripada kedua belah pihak sebelum membuat apa-apa spekulasi.
Sumber : Instagram, Harian Metro
Betul juga mungkin lebih baik kita jangan buat andaian sebelum mendengar cerita dari pihak lagi satu..
Baca : “Dengar perempuan tu jerit-jerit” – Individu Dakwa Jadi Saksi Nampak Pelakon Lelaki Pukul GF?