in

“Weh tingginya dia!”- [Video] Lelaki Tinggi Persis Lee Kwang Soo Jalan Pusing KL, Tarik Perhatian Netizen

Fi Tinggi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tengok rancangan hiburan Korea Running Man, mesti kenal dengan Lee Kwang Soo kan. Si tinggi lampai yang selalu kena buli tu.


Tapi korang pernah ke tahu dekat Malaysia ada lelaki yang lagi tinggi dari Lee Kwang Soo tu?

Tentang cerita kali ini, seorang lelaki tinggi yang memuat naik dirinya bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur hinga menjadi perhatian ramai.

 

Nampak beza bila dengan orang ramai

Baru-baru ini telah tular di media sosial video seorang lelaki yang dikenali sebagai Syazwi, di akaun TikToknya.

Di dalam video tersebut menunjukkan dia sedang bersiar-siar sekitar KL dan apa yang menarik perhatian, ketinggiannya 6’6″ atau 200 cm itu menunjukkan bezanya dengan yang lain.

Beberapa buah video telah dimuat naik dan mendapat lebih dari 800k views di TikTok.

@5yazwi

Ima catch u in KL ? #foryoupage #tallpeople #esekeli

♬ Buttercup – MixAndMash

Menurut mStar, Syazwi atau nama sebenarnya Muhammad Syazwi Mazlan berusia 22 tahun berkata dirinya mengalami perubahan fizikal sejak kecil lagi.

Selain itu, dia juga berkata dan tidak menyangka bahawa perkongsiannya yang diibarat sebagai saja-saja itu mendapat perhatian ramai.

“Saya mula sedar perubahan fizikal saya ketika usia lima tahun apabila sama tinggi dengan abang berumur sembilan tahun. Sekarang ini saya paling tinggi dalam keluarga.

“Penerimaan mengenai ketinggian saya adalah berbeza di media sosial dan realiti. Mungkin netizen akan terkejut jika terjumpa saya tapi hakikatnya orang awam yang bertembung dengan saya hanya berkelakuan biasa.” katanya.

 

“Senang tolong mak betulkan lampu”

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan kagum dengan ketinggian Syazwi. Hingga ada yang bergurau dengan berkata senang untuk dia tolong ibunya menukar lampu yang rosak.

Reak Tinggi 1 Edit

Reak Radin 2 Edit 1

Reak Tinggi 3 Edit

Kalau tinggi macam ni, min pon mendongak tengok. Kalau korang pulak?

Sumber : TikTok, mStar

 

Baca : Dengan Ketinggian 221 cm Pada Usia 14 Tahun, Remaja Ini Bakal Bergelar ‘Remaja Tertinggi Dunia’

Foot Tinggi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.