Satu kejadian tak diingini telah berlaku baru-baru ini yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun meninggal dunia akibat kemalangan. Dipercayai kanak-kanak tersebut dilanggar oleh sebuah van sekolah yang berkemungkinan akibat pemandu van sekolah itu tidak perasan kehadirannya di titik ‘blind spot’.
Memang tak dinafikan, zon bahaya setiap kenderaan atau lebih dikenali sebagai titik ‘blind spot’ ini bukan sahaja boleh memakan nyawa kanak-kanak jika pemandu tidak perasan, namun sesiapa sahaja termasuk haiwan juga boleh menjadi mangsa kemalangan di titik ‘blind spot’ ini.
Hal ini kerana, setiap kenderaan mempunyai titik ‘blind spot’ yang tersendiri. Semakin besar kenderaan tersebut, semakin luas lah kawasan zon bahaya ataupun titik ‘blind spot’ ini.
Justeru, adalah sangat penting untuk semua ibu bapa mengawasi anak-anak serta memberitahu mereka tentang bahaya berada di kawasan ‘zon bahaya’ tersebut.
Pihak Public Health Malaysia (PHM) telah berkongsikan keadaan dan kawasan zon bahaya van dan bas sekolah yang perlu diketahui oleh kanak-kanak menerusi laman Facebook mereka.
https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/a.1715215348768330/3066798376943347/?type=3
Melalui posting tersebut, pihak PHM berkata peringatan ini bukan sahaja penting untuk pengetahuan para ibu bapa, malah ia harus diberitahu kepada anak-anak supaya mereka lebih peka semasa menaiki atau turun daripada van dan bas sekolah.
“Jarak 10 kaki dari kenderaan adalah zon bahaya terutamanya di kawasan titik buta (zon merah) iaitu di hadapan kenderaan dan sisi belakang.”- PHM
Anak-anak diingatkan supaya melihat kiri dan kanan serta terus keluar dari zon bahaya ke zon hijau selepas sahaja kenderaan berhenti.
Mereka juga diingatkan supaya tidak mengutip barang yang terjatuh di kawasan berkenaan kerana apabila mereka tunduk untuk mengambil barang, pemandu tidak akan nampak langsung mereka di kawasan itu.
Namun begitu, para pemandu terutamanya pemandu van dan bas sekolah juga harus memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan ketika membawa kanak-kanak ke sekolah dan pulang ke rumah diawasi.
Baca: Kanak-kanak Autisme Maut Lepas Pemandu Van Tak Sengaja Tertinggal Dalam Kenderaan Selama 3 Jam