in

Kanak-kanak Autisme Maut Lepas Pemandu Van Tak Sengaja Tertinggal Dalam Kenderaan Selama 3 Jam

Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes kanak-kanak meninggal kerana terperangkap dalam kenderaan sering kali keluar di dada akhbar. Kali ini, ia membabitkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang mempunyai autisme.

Menurut BERNAMA, kanak-kanak ini meninggal dunia selepas ditinggalkan selama tiga jam di dalam kereta di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan, Seremban.


Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihak polis telah mendapat laporan mengenai insiden ini pada jam 7.46 malam, semalam.

Whatsapp Image 2021 10 13 At 7.52.46 Am E1634082854445 600X516 1

Hasil siasatan mendapati mangsa sepatutnya dihantar ke Pusat Jagaan Harian Di Taman Nusari Aman oleh pemandu van berumur 34 tahun.  Bagaimanapun, lelaki tersebut telah pulang ke rumah tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam van berkenaan.

“Pemandu van itu dipercayai tidak menyedari mangsa berada di dalam van dari pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang di hadapan rumah lelaki berkenaan sebelum mangsa ditemukan tidak sedarkan diri.”

Susulan kejadian ini, pihak polis telah pun membuat tangkapan ke atas pemandu van berkenaan dan akan memohon tahanan reman ke atas suspek bagi mengenal pasti kejadian tesebut.

Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan punca sebenar kematian mangsa.

 

Baca: Ibu Tinggalkan Anak Umur 3 & 6 Tahun Seharian Dalam Kereta Sebab Nak Pergi ‘Minum’, Akhirnya Anak Meninggal Sebab Strok Haba

Screenshot 2021 10 13 At 4.05.06 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.