Orang ramai diminta untuk mengelakkan sebarang aktiviti air di perairan Mersing, Johor selepas kehadiran ‘gastropoda’ di kawasan perairan tersebut.
Memetik perkongsian Facebook Pejabat Perikanan Negeri Johor, difahamkan, gastropoda itu telah dikenal pasti sebagai Creseis acicula iaitu sejenis spesies Pteropoda.
Pteropoda yang sebenarnya berasal dari perairan tropika dan subtropika itu mempunyai sengat yang boleh menyebabkan kekeringan, kegatalan, pengelupasan, keradangan dan kemerahan pada kulit.
Artikel Berkaitan: Selepas 40 Tahun Pupus, Pelajar PhD Teruja Temui Semula Spesies Kerang ‘Rare’ Di Pahang
Artikel Berkaitan: “Dah lima tahun tak nampak” – Jabatan Perikanan Dedah Pendaratan Penyu Semakin Merosot
Perubahan iklim, peningkatan suhu air, dan air ballast perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesis ini ke perairan Malaysia,” jelas Pejabatan Perikanan Negeri Johor.
Difahamkan juga, ia turut boleh menyebabkan kulit anda bersisik dan kesan-kesan tersebut pada kulit boleh terjadi kerana ia berkait dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit anda.
Orang ramai yang terkena kesan-kesan tersebut pada kulit akibat disengat dinasihati untuk mendapatkan rawatan dengan segera.
Menurut Sinar Harian, serangan organisma akuatik gastropoda di perairan itu dijangka berakhir selepas peralihan monsun.
Sumber: Sinar Harian, Facebook Pejabat Perikanan Negeri Johor