in

“Dah lima tahun tak nampak” – Jabatan Perikanan Dedah Pendaratan Penyu Semakin Merosot

Ft Penyu Belimbing Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyu merupakan khazanah negara yang tiada tolok banding dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sejak sekian lama selain kekerapan haiwan berkenaan mendarat di beberapa buah pantai di seluruh negara untuk bertelur telah meningkatkan serta menjadi nilai tambah kepada industri pelancongan negara.

Baik pelancong tempatan ataupun antarabangsa pastinya ingin berpengalaman melihat sendiri empat daripada tujuh jenis penyu yang ada di negara kita.


Salah satu negeri yang menjadi tumpuan pelancong kerana menjadi lokasi utama pendaratan kesemua empat spesies penyu untuk bertelur adalah Terengganu dengan kesemua jenis daripada penyu belimbing, karah, lipas dan juga agar.

Deltnmuvmaasogd

Tidak hairanlah mengapa negeri berkenaan sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dengan jolokan tempat penyu bertelur.

Pun begitu, Sinar Harian baru-baru ini melaporkan Terengganu sedang mengalami kemerosotan pendaratan penyu sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan salah satu daripada empat penyu yang sering mendarat iaitu penyu belimbing sudah tidak lagi kelihatan mendarat di negeri tersebut sejak lima tahun lalu.

Menurut data yang dikongsikan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, kali terakhir penyu tersebut mendarat di Terengganu ialah pada tahun 2017 iaitu sebanyak dua kali dan semenjak itu, tiada lagi jejak penyu belimbing dikesan mendarat untuk bertelur di sekitar pantai Terengganu yang sebelum ini menjadi lokasi kegemaran mereka.

Leatherbackturtle

Walaupun belum diisytiharkan pupus, namun perkara ini secara amnya membuatkan negara kehilangan satu spesies yang tidak ternilai harganya.

Ini kerana, penyu belimbing merupakan spesies terbesar dunia yang mampu mencecah dua meter panjang dengan berat maksimum 500 kilogram dan juga merupakan satu-satunya spesies yang kerap berpindah-randah ke seluruh dunia merentasi lautan Atlantik mahupun Pasifik.

Dengan kehilangan penyu belimbing di Terengganu itu tidak mustahil boleh membawa kepada kehilangan spesies lain seperti karah dan lipas di negeri pantai timur tersebut.

Ketua Makmal Penyelidikan Luar, Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Mohd Uzair Rusli berkata, negara turut berisiko tinggi untuk hilang sepenuhnya spesies tersebut kerana kedua-duanya makin sukar ditemui.

Baca : Saintis Temui Semula Burung Kuang Dianggap Pupus Selama 140 Tahun

Burung Kuang Pupus Ditemui Semula

Sumber: Twitter
Sumber: Wikipedia
Sumber: Audubon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.