in

“Bebal, menyusahkan orang…” – Orang Ramai Masih Selamba Mandi Laut Walaupun Tengah Ribut Pabuk

Laut Bergelora

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Bebal, menyusahkan orang..." - Orang Ramai Masih Selamba Mandi Laut Walaupun Tengah Ribut Pabuk
Icon Loader
/

Kelmarin, viral beberapa buah video dekat pelantar minyak pasal ombak bergelora disebabkan ribut tropika pabuk dan menurut Berita Harian,  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pun dah bagi amaran dekat orang ramai untuk jauhi kawasan pantai di perairan Pantai Timur.



Tapi malangnya masih ada yang degil dan tak ambil serius dengan bahaya yang mendatang kalau mereka dekat dengan kawasan pantai. Gambar menunjukkan anggota bomba di kawasan pantai untuk pantau orang awam dimuat naik semalam dan mendapat perhatian ramai warga internet.

Degil Pabuk 1
sumber: facebook

Posting tu menunjukkan beberapa orang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan berlegar di sekitar kawasan Pantai Teluk Cempedak di Kuantan, Pahang.

Ternyata masih ada pengunjung yang tak ambil peduli dengan amaran dan selamba bermandi manda di kawasan tu. Padahal terang terangan angin kencang dan ombak sangat deras disebabkan fenomena ribut tropika Pabuk tu.

Degil Pabuk 2
sumber: facebook

Netizen yang baca posting tu memang marah dan bengang habis dengan sikap segelintir masyarakat macam dalam gambar tu. Kata dorang, orang macam tu yang selalunya menyusahkan pihak bomba padahal daripada awal dah diberi amaran.

“Degil betul! Menyusahkan orang.”

“Manusia yang tak tahu bahasa!”

“Apa ke b*ngang sampai nak kena tegur.”

“Dah bagitahu jangan mandi laut masih nak berdegil.”

Jangan kata dekat Malaysia, orang negara seberang pun degil juga! Satu posting menunjukkan video ramai kanak-kanak di Thailand tengah bermandi manda dekat laut baru-baru ni. Dalam video tu, korang boleh nampak sekumpulan kanak-kanak tengah cuba selamatkan dua orang yang hampir lemas dipukul ombak deras.

Difahamkan, seorang mangsa selamat manakala seorang lagi dalam keadaan membimbangkan dan mereka telah dibawa ke hospital Sichon.

Ramai yang bengang disebabkan tak ada larangan daripada orang dewasa dan tak faham dengan mereka yang suka ingkar dengan amaran bahaya macam ni.

Korang jangan jadi macam dorang ni semua tau! 

Baca: “Galok sungguh aih!” – Video Viral Ombak Besar di Pulau Perhentian, Netizen Sakit Hati Tengok Gelagat Gedik Gadis-gadis Ni

Gediks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.