in

Wartawan Terbangkan Dron Dalam Mahkamah Ditahan Polis

Drone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Padah menggunakan drone untuk mendapatkan rakaman, seorang wartawan telah ditahan hari ini, manakala alatan miliknya telah dirampas,


Menerusi Bernama, wartawan itu telah menerbangkan dron secara haram untuk merakam gambar dan video orang ramai yang berkumpul di luar mahkamah sebelum ketibaan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng kini sedang menghadapi satu lagi pertuduhan rasuah berkaitan terowong dasar laut dan rojek jalan-jalan utama di negeri ini.

Wartawan itu ditahan kira-kira 9.15 pagi tadi, polis memeriksa keretanya sebelum dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk dirakam keterangan. Namun begitu, dia dibebaskan dengan amaran pada 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata orang awam tidak dibenarkan menerbangkan dron di sekitar bangunan kerajaan.

“Kami ingin memberi amaran kepada semua termasuk pengamal media agar tidak menerbangkan dron di sekitar kompleks kerajaan. Ia menyalahi undang-undang dan kami akan mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi.

 

Baca : “Kami tak kisah kalau esok lusa tak lagi popular” – Sugu Utamakan Privasi Keluarga, Kurang Senang Sering Dihubungi Wartawan

Sugu

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.