in

“Warnanya dah lusuh” – Tukang Jahit Sebak Pelajar Minta Labuhkan Seluar Sekolah

Tukang Jahit Seluar Sekolah Lusuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu ini merupakan minggu terakhir cuti persekolahan dan ramai ibu bapa yang sudah mula menyiapkan barangan keperluan sekolah anak-anak.


Sebuah perkongsian di Facebook seorang tukang jahit  meruntun jiwa netizen apabila seorang pelanggannya yang juga pelajar sekolah meminta dia melabuhkan seluar sekolahnya yang lusuh.

https://www.facebook.com/sharipahsadiah.khalid/posts/pfbid02TcFi2ij7AMqaztNx3CpMLE8LHF8V9KKpYHh4pbw5WmQspaPVHHu9a4Fpq9ZQme8Xl

“Semalam ada budak lelaki datang minta tolong labuhkan seluar sekolah dia. Seluar saiz 33 dan warnanya sudah lusuh.

Labuh asal 36 inci dan dia minta kalau dapat jadikan 37 inci. Termenung sekejap aku. Kenapa tak beli seluar baru? Basi seluar ada satu inci macam mana nak lipat kelepet seluar itu nanti?,” tulisnya.

Menurut laporan Kosmo!, pelajar tersebut memintanya untuk memperbaiki seluar berkenaan supaya bila dipakai ia tidak kelihatan senteng, pelajar itu juga sempat bertanya berapa upahnya sebelum beredar.

Namun, tukang jahit berkenaan tidak meletakkan sebarang harga bagi servis tersebut kerana dia tidak sanggup untuk berbuat demikian.

“Budak ini bukanlah pelajar cemerlang, tetapi dia masih nak pergi sekolah. Aku harap dia cemerlang dalam apa sahaja bidang yang dia ceburi.

Kadang-kadang kita rasa kita susah, rupa-rupanya ada lagi yang susah,” tulisnya lagi.

Setakat artikel ini ditulis, posting berkenaan sudah mendapat lebih 80 komen serta lebih 100 shares.

Semoga tuhan membalas jasa akak ni…

Baca: “Sebak tengok” –  [VIDEO] Netizen Terharu Lihat Jururawat Bantu Sikat Rambut & Lap Badan Pesakit

Nurse Sikat Rambut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.