Seorang lelaki berusia 60 tahun di Thailand telah ditangkap polis kerana mencuri, tetapi ternyata alasan dia membuat perkara sedemikian amatlah meruntun hati.
Warga emas ini ‘kantoi’ mencuri selepas kejadian yang berlaku kira-kira dalam pukul 3.30 petang, 29 Julai lalu di Chonburi, Bangkok itu viral menerusi satu video yang memperlihatkan pelaku yang dikenali sebagai Phi sedang bercakap dengan polis.

Menerusi mothership.sg, Phi melakukan perbuatan itu di sebuah farmasi, dia memilih premis tersebut adalah kerana terdapat satu papan tanda yang menjelaskan pencuri akan dikenakan denda caj sebanyak 30 kali jumlah nilai yang dicuri dan akan dibawa ke balai polis.
Sumber melaporkan bahawa Phi telah mencuri 3 buku sabun yang harganya RM 2.10 satu dan semuanya berharga (RM6.50), oleh sebab itu, orang awam yang berada di lokasi kejadian dengan rela hati nak bantu Phi untuk bayarkan agar dia bebas, tetapi Phi tolak.
https://www.facebook.com/watch/?v=1097190384563572
Ini kerana lelaki berusia 60 tahun itu meluahkan bahawa kehidupannya di luar ini sangat susah dan dia tak ada kerja, hari-hari kelaparan. Jadi, dia bertekad untuk masuk ke penjara dengan mencuri barang untuk ‘sara’ dirinya.

“Kalau dalam penjara, ada juga makan tiga kali sehari. Tempat tinggal pun dah ada.”
“Kalau sunyi, ada banduan lain yang boleh teman. Kalau saya terus duduk di jalanan, mungkin saya akan mati kelaparan.”
Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat dibawa pergi menerusi satu trak, tetapi sehingga kini masih belum dikenal pasti samada dia benar-benar ditangkap ataupun tidak.
Baca : “Jangan tahan lapar” – Peniaga Letak Nota Pesanan Khas Untuk Pelajar Buat Ramai Terharu

