in

“Jangan tahan lapar” – Peniaga Letak Nota Pesanan Khas Untuk Pelajar Buat Ramai Terharu

page nota

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan kehidupan sebagai seorang pelajar akan mengajar seseorang itu erti kehidupan yang sebenar kerana ketika itulah ramai yang akan berjauhan dengan keluarga, mula untuk mengurus perbelanjaan buat diri sendiri dan macam-macam lagi.

Bukan tu je, sesetengah pelajar ada juga yang mengalami masalah kewangan sampai sanggup tahan lapar dan tak makan demi berjimat wang perbelanjaan yang diberikan oleh kedua-dua ibu bapa mereka.


Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular di Twitter apabla seorang peniaga di sekitar kawasan Skudai yang menulis nota di kedainya khas buat pelajar sehingga ramai yang terharu apabila membacanya.

Nota tersebut tertulis…

“Adik-adik pelajar, kalau tak ada langsung duit, jangan tahan lapar, datang sini bagitahu, saya belanja. Saya pun pernah jadi pelajar. Jangan malu.”

“Semoga dimurahkan rezeki, kak…”

Disebabkan itu juga, penulisan nota peniaga wanita ini mendapat perhatian kerana dirinya yang memahami keadaan sebahagian pelajar sehingga ramai yang mendoakan agar dia sentiasa dimurahkan rezeki.

“Sedihhhhh sebab i used to be that one broke student. Sanggup tahan lapar malam2 makan biskut cicah milo/teh o utk lapik perut sbb nk save duit belanja.” – Luah netizen

tweet full

Di bahagian replies tweet tersebut, difahamkan peniaga wanita ini dikenali sebagai Kak Ecah dan berniaga di Kafe N24 Streetcafe yang terletak di Univerisiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

Alamak, tiba-tiba min rindu zaman-zaman study… Korang sempat masuk campus tak?

Baca: Guru Potong Rambut Pelajar Sekolah Jadi Botak Tengah Cetus Kecaman Ramai

untitled 2 13

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.