in

Wanita Selamba Lempar Bayi Baru Dilahirkan Daripada Tingkat 17 Kerana Kecewa Dengan Kekasih

Mak Bunuh Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana ibu di atas muka bumi ini pasti sayangkan anak mereka. Tambahan pula jikalau anak itu baru dilahirkan dan memerlukan perhatian sepenuhnya daripada si ibu. Semestinya anak itu akan ditatang bagai minyak yang penuh.


Pun begitu, tidak semua wanita mempunyai sifat keibuan seperti yang disangkakan. Menurut The Sun, seorang wanita telah bertindak gila dengan melempar bayi yang baru dilahirkan daripada tingkat 17 sebuah kondominium.

Nintchdbpict000365308590
sumber: the sun

Dalam kejadian yang berlaku di Pattaya, Thailand itu, wanita yang dikenali sebagai Natechanok Nokyung, 20, dikatakan berasa sangat tertekan dan kecewa selepas teman lelakinya yang berasal dari Korea Selatan telah pulang ke negeri asal untuk bersama isterinya.

Lelaki berusia 40 tahun itu telah meninggalkan Natechanok sebaik dia mengetahui wanita tersebut sedang mengandungkan anak mereka.

Tidak dapat membendung perasaan kecewa dan marah, Natechanok telah membungkus bayi yang baru dilahirkannya itu ke dalam plastik dan membuangnya ke luar tingkap. Amboi senangnya! 

Nintchdbpict000365308667
sumber: the sun

Menurut laporan Asia One, tindakan suspek pada 6 November lalu telah disaksikan seorang pekerja yang sedang memasang langsir di tingkat empat kondominium tersebut.

Dia kemudian turun ke tingkat bawah bangunan dan menjumpai sebuah beg plastik berisi mayat seorang bayi. Walau bagaimanapun, bayi tersebut difahamkan telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Susulan daripada penemuan itu, pihak polis telah menahan Natechanok dan mendapati bilik mandi rumahnya dipenuhi kesan darah kerana suspek telah melahirkan anaknya di situ.

Nintchdbpict000365308454
sumber: the sun
Nintchdbpict000365308314
sumber: the sun

Natechanok juga mengakui dia berada dalam keadaan panik dan secara tidak sengaja telah melahirkan bayinya dalam bilik mandi. Malah menurut ketua polis Apichai Khemphet, bayi tersebut berada dalam keadaan sihat semasa dilahirkan.

“Ia merupakan jenayah yang kejam. Bayi dalam keadaan sihat semasa dia dilahirkan. Ibu bayi pula langsung tidak menunjukkan sebarang rasa sedih atas apa yang berlaku. 

“Teman lelaki suspek meninggalkannya dan meminta dia untuk menggugurkan kandungan tersebut. Suspek juga mengaku dia tidak mempunyai wang untuk menjaga anak tersebut.”

Nintchdbpict000365308672
sumber: the sun

Menerusi foto yang tular di media sosial, wajah Natechanok yang selamba ketika sedang berbicara dengan polis telah menjadi topik perbualan hangat netizen. Itulah, macam takde buat salah apa pulak.

Pihak polis telah mendakwa suspek atas kesalahan membunuh bayi dan wanita tersebut bakal menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital.

Nintchdbpict000365308589
sumber: the sun

Sebaik-baiknya elakkanlah zina. Kasihan bayi yang tak berdosa jadi mangsa!

Baca: Wanita Tikam Bayinya Yang Baru Dilahirkan Hingga Mati Kerana Malu Punyai Anak Luar Nikah

Zina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.