Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Itulah perumpamaan yang sesuai diungkap kepada mereka yang menyesal selepas hamil disebabkan hubungan terlarang atau lebih tepat lagi, berzina.
Disebabkan itu, ramai individu yang bertindak melulu dengan menggugurkan kandungan mereka kerana tidak sanggup melahirkan anak hasil hubungan terlarang.
Namun, seorang wanita berusia 24 tahun dari Jawa Timur, Indonesia ini tidak menggugurkan kandungan sebaliknya melakukan sesuatu yang boleh dikira sebagai tidak berhati perut dan lebih kejam!
Menurut Tribunnews, wanita yang dikenali sebagai Lisa itu disahkan mengandung selepas melakukan hubungan terlarang dengan teman lelakinya.
Lisa yang sebelum ini bekerja di sebuah pasar raya di Surabaya pulang ke kampung untuk menetap di rumah ibu saudaranya yang terletak di Kampung Bandoagung, Trenggalek. Selepas 9 bulan, Lisa akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki di bilik air rumah ibu saudaranya pada hari Rabu yang lalu (13 September).
Menurut Ketua Polis Trenggalek, Donny Adityawarman, ibu saudaranya tidak tahu bahawa Lisa melahirkan anak di bilik air. Wanita itu kemudian meminta gunting untuk memotong tali pusat bayinya.
Namun, sebaik sahaja selesai memotong tali pusat, Lisa kemudian bertindak menikam bayi itu di bahagian dada sehingga menembusi paru-parunya!
Takde hati perut ke, anak kandung sendiri tu!
Kekejamannya tidak berakhir di situ kerana Lisa kemudian menyumbat bayinya di dalam beg campuran simen sebelum membuangnya di belakang rumah.
Tindakan kejam Lisa terbongkar apabila ibu saudaranya mengesyaki sesuatu yang tidak kena selepas ternampak kesan darah di bilik air serta pakaiannya.
Lebih menyedihkan lagi, jiran tetangga turut terdengar suara tangisan dan menjumpai bayi itu masih hidup sebelum segera membawanya ke pusat perubatan, di mana bayi tersebut disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang melampau.
Ketika didatangi pihak polis, Lisa merelakan dirinya ditangkap dan kini kesnya sedang dalam proses. Apabila ditanya mengapa dia melakukan perbuatan sekejam itu terhadap darah dagingnya sendiri, Lisa hanya menjawab,
Malu, belum bernikah.”
Polis mengatakan bahawa mereka mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwanya dan Lisa dilaporkan mungkin berdepan hukuman penjara selama 20 tahun.
Malu memang malu. Tapi kenapalah sampai sanggup bertindak sekejam itu terhadap darah daging sendiri.
Baca: Ibu Cekik Anak Autisme Hingga Mati Kerana Tidak Larat Menjaganya