in

Wanita Selamat Lahirkan Bayi Dalam Penerbangan, Netizen Tertanya Nak Tulis Apa Kat Tempat Lahir Surat Beranak

F2 Bair

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu sebab mereka perlu bertarung nyawa untuk melahirkan. Tapi, ramai ibu-ibu yang kata bila dorang dapat tengok bayi comel, kesakitan itu dapat dilupakan.


Namun, buat seorang wanita ini pula, pastinya dia tidak akan melupakan pengalaman bersalinnya kerana dia telah melahirkan anak ketika dalam penerbangan!

Menurut Instagram Royal Brunei Air beberapa hari lepas, wanita yang dikenali sebagai Jenny Rose Josoy itu telah melahirkan bayi lelaki yang sihat ketika dalam flight dari Dubai ke Brunei.

Difahamkan, bayi tersebut lahir tujuh minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan, jadi sudah tentulah si ibu juga tidak menyangka dia bakal melahirkan anak dalam kapal terbang.

Proses kelahiran itu telah dibantu oleh seorang penumpang pesawat itu yang juga seorang doktor iaitu Dr Mulfi Ibrahim Alkhinjar dan beberapa orang kru penerbangan.

Arlg 6

Namun, ramai netizen tertanya-tanya apakah nama tempat yang perlu ditulis dalam surat beranak jika seseorang bayi itu lahir ketika dalam penerbangan?

Arlg 5

Ada netizen lain yang bergurau mungkin tempat lahir bayi akan ditulis sebagai nombor tempat duduk ibunya ketika dalam kapal terbang.

Menurut USA Today, jika bayi tersebut lahir dalam penerbangan, tempat lahirnya di surat beranak bakal ditulis sebagai ‘Di Udara’.

Namun, dari segi kewarganegaraan bayi itu pula, ada beberapa pilihan yang bergantung kepada negara itu sendiri.

Ada negara yang benarkan bayi yang lahir di udara mereka untuk mendapat kewarganegaraan atau dia juga mungkin diberikan kewarganegaraan mengikut negara asal kapal terbang itu.

Namun jika negara tu tak benarkan, selalunya bayi bakal diberikan kewarganegaraan yang sama seperti ibu atau ayahnya, lapor Mirror UK.

Walau bagaimanapun, min tak dapat nak pastikan adakah cara yang sama turut digunakan untuk anak orang Malaysia yang lahir dalam pesawat. Kena tanya dengan orang yang kerja dengan JPN la kot. 

Buat yang tertanya-tanya sama ada mana-mana bayi yang lahir dalam flight bakal mendapat tiket penerbangan percuma atau tidak, jawapannya tidak semestinya kerana ianya bergantung pula kepada syarikat penerbangan itu sendiri.

Apa-apa pun, kita doakan agar ibu ni cepat sembuh dan anaknya pula akan membesar dengan sihat. 

Sumber: Instagram @royalbruneiair, Mirror UK, USA Today

Baca: Gara-gara Kongsi Tips Yakinkan Isteri Untuk Ada Anak Ramai, Dr Sheikh Muszaphar Dikecam? 

Arlg 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.