Jarang untuk kita temui orang yang tak suka makan makanan laut kan. Kalau ada antara kawan kita yang tak makan seafood, selalunya sebab mereka ada alahan dengan makanan tersebut.
Jadi, kebanyakan dari kita memang excited kalau dapat makan makanan laut, lebih-lebih jika makanan itu ialah udang karang atau lobster kan.
Namun, seorang wanita ini pula lain daripada yang lain kerana dia telah melepaskan seekor udang karang yang dipesannya di sebuah restoran di Itali ke laut!
Memetik laporan Mirror UK, wanita berkenaan telah ke restoran berkenaan bersama semuanya dan ketika di situ, dia telah memesan pasta linguine bersama udang karang Catalan-style.
Artikel Berkaitan : Makan Seafood Di Sabah Sampai RM750, Netizen Dakwa 4 Pelancong Ni Kena ‘Scam’
Namun, apabila dia mengatakan bahawa dia mahu melepaskan udang karang segar yang belum dimasak ke laut, pada mulanya pemilik restoran berkenaan Gianluca beranggapan wanita itu hanya bergurau.
Walau bagaimanapun, setelah dijelaskan, Antonio Fasolino faham yang wanita itu memang serius mahu menyelamatkan udang tersebut.
Jadi, pemilik restoran berkenaan pun mengambil udang karang tersebut yang masih hidup dari tangki air dan menimbangnya di dapur.
Difahamkan, makanan laut di restoran itu segar dan masih hidup kerana diletakkan di dalam tangki air sebelum dimasak mengikut pesanan pelanggan.
Selepas ditimbang, Fasolino memberitahu kepada wanita itu lobster yang mahu dipesan dan dilepaskan ke llaut itu beratnya hampir dua kilogram dan harganya pula ialah 200€ (lebih kurang RM1,001) sebab walaupun wanita tu tak nak makan udang tersebut, dia tetap perlu membayar harga udang yang ingin dilepaskannya itu.
Wanita tersebut kemudiannya mengambil udang yang telah diletakkan oleh pemilik restoran ke dalam sebuah bekas sebelum melepaskannya ke dalam laut yang berada di sebelah restoran tersebut.
Difahamkan juga, sebaik ia masuk ke dalam air, udang tersebut dilaporkan telah berenang untuk kembali ke habitat asalnya.
Wanita itu juga dikatakan sangat gembira dapat ‘menyelamatkan’ udang galah berkenaan.
Fuh, pelik-pelik betul perangai orang kaya ni.
Sumber: Mirror UK