in

Wanita Merentan Sebab Dakwa BF Langgan Pelacur Dalam Flight, Penerbangan Tangguh Hampir 90 Minit

ft flight

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penerbangan pesawat HK Express dari Da Nang, Vietnam ke Hong Kong kecoh selepas ada sepasang kekasih yang bergaduh berhubung dengan dakwaan melanggan pelacur dan penderaan fizikal. Suasana tegang itu memaksa kru penerbangan mengusir mereka keluar sebelum berlepas.

Memetik laporan sumber, kejadian itu berlaku pada Ahad dan ia telah menyebabkan penerbangan itu jadi tertangguh hampir 90 minit.


Artikel berkaitan : ‘Jutawan Sampah’ Bergelar Datuk Mengaku Tak Bersalah Bergaduh

Artikel berkaitan : Polis Siasat Kejadian 5 Wanita Bergaduh Di Sebuah Taman Perumahan

 

Bergaduh sampai flight kena delay

Dalam satu video tular di Thread, ia memperlihatkan pasangan terbabit bertengkar di kawasan menunggu Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang sebelum menaiki pesawat HK Express penerbangan UO559.

Wanita tersebut mendakwa teman lelakinya ada membuat langganan pelacur dan pernah memukulnya sebelum ini, sementara itu pula membalas yang teman wanita ini curang dan ada masalah mental.

Suasana bertambah tegang apabila mereka meneruskan pertengkaran mereka di dalam pesawat, wanita itu berkeras mahu duduk di sebelah teman lelakinya dan menolak pramugari yang cuba tenangkannya sampai terjatuh.

Kru penerbangan tersebut akhirnya mengarahkan kedua-duanya turun dari pesawat untuk memastikan keselamatan penumpang lain.

 

View on Threads

 

Di samping itu, HK Express dalam kenyataannya memohon maaf atas insiden tersebut dan menegaskan bahawa keselamatan penumpang serta kru sentiasa menjadi keutamaan syarikat penerbangan itu.

Sumber : Threads, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.