Kecoh di media sosial berkenaan dengan kes yang berlaku di pusat membeli belah 1 Utama tengah hari tadi.
Difahamkan, ada berlaku satu kes wanita jauh dari tingkat 4 pusat membeli belah tersebut dan maut di tempat kejadian/
Kejadian ini telah di disahkan sendiri oleh pihak 1 Utama menerusi Facebook rasmi mereka.
https://www.facebook.com/1Utama/posts/10157838222161689
Menurut pihak pengurusan 1 Utama, pusat kecemasan premis mereka telah melakukan tindakan dengan kadar segera dan serahkan kes ini kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Gambar dan video insiden ini viral di media sosial dan ia juga dikatakan tersebar luas di group whatsapp.
Dalam pada itu 1 Utama juga berpesan kepada orang ramai, jika ada masalah dengan kesihatan mental, boleh segera menghubungi Talian Kasih di 15999 atau Befrienders di talian 03-76272929.
Sebelum ini satu kejadian lebih kurang sama berlaku di KLCC dimana seorang lelaki difahamkan terjum dari tingkat 3 mall tersebut.
Baca : Lelaki Maut Lepas Terjun Dari Tingkat Tiga Suria KLCC