in

Wanita Lari 25 Kali Dengan Lelaki Berbeza Dalam Masa 10 Tahun, Tapi Suami Tetap Terima Balik

Isteri Lari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Sebab saya fikirkan kebajikan anak-anak, saya terima dia balik setiap kali.”


Begitulah kata-kata seorang lelaki mengenai isterinya kerap kali ‘buat perangai’ apabila dia sering melarikan diri dengan lelaki berbeza dalam masa 10 tahun.

11 1 1746541 835X547 M E1631411538531
Gambar hiasan

Lapor DNA India, wanita berusia 40 tahun yang juga ibu kepada tiga anak itu difahamkan sudah melarikan diri 25 kali dengan lelaki berbeza dalam tempoh masa 10 tahun selepas dia berkahwin dengan suaminya, Mafizuddin yang bekerja sebagai pemandu di perkampungan Dhing Lahkar, tengah Assam, Nagaon.

“Dalam masa 10 tahun, isteri saya akan lari dengan lelaki lain kira-kira 25 kali semenjak kami berkahwin pada tahun 2011 dan setiap kali itu juga, dia akan pulang semula ke rumah beberapa hari kemudian. Isteri pernah berjanji dia tak akan ulangi kesalahannya namun setakat ini, dia masih gagal menepati janji,” kata Mafizuddin.

Tambah Mafizuddin lagi, isterinya itu kadang kala menggunakan alasan dia mahu ke rumah saudara yang sakit sebelum menghilangkan diri bersama lelaki tak dikenali.

Bagaimanapun, isterinya itu akan kembali semula kepada suami dan keluarga mertuanya selepas beberapa minggu atau bulan dan setiap kali itu juga, wanita terbabit akan diterima semula tanpa banyak soal.

“Pada Sabtu, 4 September lalu ketika saya baru pulang dari kerja, saya dapat tahu dia melarikan diri sekali lagi dengan lelaki tak dikenali selepas meninggalkan anak kami yang berusia 3 bulan dengan seorang jiran. Kata jiran itu, isteri saya memberi alasan dia mahu pergi mengambil makanan untuk kambing,” katanya.

Ujar Mafizuddin lagi, sebelum isterinya menghilangkan diri, wanita itu ada mengambil wang sebanyak Rs 22,000 (RM1,237.70).

“Saya akan terima balik isteri saya sebab saya memang ikhlas sayangkan dia. Kami juga ada 3 orang anak kecil. Siapa yang akan jaga mereka kalau saya tak terima balik isteri saya? Saya tak pernah laporkan kes ni pada polis untuk mengelakkan masalah lain,” kata Mafizuddin.

Sumber melaporkan, Mafizuddin dan isterinya mempunyai tiga orang anak; 2 lelaki dan seorang perempuan yang masing-masing berusia 6 tahun, 3 tahun dan 3 bulan.

1600X960 224388 Illegal Affair E1631411726826
Gambar hiasan

Dalam pada itu, menurut jiran tetangga di kawasan itu, isteri Mafizuddin mempunyai hubungan sulit dengan ramai lelaki muda di kampung mereka dan dia sering melarikan diri dengan lelaki berbeza. Namun, dia akan kembali semula kepada suami dan keluarga mertuanya.

Sumber: DNA India

Baca: “Mengaku ‘single mother’ – Isteri Curang Dengan 300 Lelaki Sebab Suami ‘Busy’ Kerja

Collage 1 E1631411302495

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.