in

“Mengaku ‘single mother’ – Isteri Curang Dengan 300 Lelaki Sebab Suami ‘Busy’ Kerja

Collage 1 E1631411302495

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan lambakan aplikasi online dating sekarang, memang susah nak tahu orang sebenar dibelakang akaun media sosial dorang betul ke palsu. Sampai ada juga yang guna platform seperti ini untuk menipu duit orang.


Sama seperti kes yang berlaku di China apabila seorang ibu anak dua di Beijing yang mula mencari lelaki lain untuk berseronok kerana suaminya selalu sibuk dengan kerja.

Bermula pada tahun 2017, Zhang telah menggunakan nama palsu Zhou Mo dan menyamar sebagai ibu tunggal untuk menggoda dan memikat lelaki-lelaki di dalam talian.

Menurut Kompas, Zhang telah menggunakan kecantikannya bukan sahaja untuk mencari cinta tapi juga untuk menipu wang dari mangsa-mangsanya.

5F9D6D6F1C131

Walaupun tak pernah bersua muka dengan teman-teman lelakinya ini, Zhang berjaya memujuk mereka untuk memberikan dia duit dengan menggunakan alasan seperti bayar sewa rumah, tanggung dua anak dan memerlukan duit untuk membayar bil perubatan.

Sepanjang tempoh dua tahun ini, Zhang telah menipu hampir 300 lelaki dan berjaya mendapat wang sebanyak 400,000 yuan (RM248,568)!

Penipuan Zhang yang berterusan selama dua tahun ini terkantoi apabila salah seorang lelaki yang hampir menjadi mangsanya telah membuat keputusan untuk memeriksa latar belakang wanita ini pada Ogos lalu.

Rupa-rupanya, ramai lelaki yang pernah menjadi mangsanya ini tahu yang wanita ini menipu tapi tak sampai hati nak laporkan perkara ini kepada pihak polis sebab mengenangkan status wanita ini sebagai “ibu tunggal”.

Zhang kemudiannya ditahan oleh pihak berkuasa dan ahli keluarganya terperanjat dengan penangkapan ini kerana tak tahu menahu dengan aktiviti tambahan wanita ini.

Ketika ditahan, Zhang kemudiannya mengaku yang dia telah menghabiskan wang yang diterima dari mangsa-mangsanya dengan bermain judi di dalam talian.

Manakala suami Zhang yang terkejut dengan pendedahan ini turut lega kerana isterinya ini akhirnya ditangkap dan akan dihadapkan ke mahkamah.

Kalau korang nak tahu, Zhang sekarang telah pun dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun dan lima bulan serta perlu membayar denda sebanyak 40,000 yuan (RM24,856) pada masa yang sama.

 

Baca: Lupa Tutup FB, Ayah 4 Anak Kecewa Dapat Tahu Isteri Curang Dengan Beberapa Lelaki

Screenshot 2020 11 02 At 1.15.40 Pm

Sumber: Kompas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.