in

Wanita Kongsi Kesan Buruk Anak Makan Sambil Tengok Gajet, Waktu Makan Adalah ‘Family Time’!

Unnamed File

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ini boleh dilihat semakin lama semakin canggih teknologi yang dikeluarkan dari tahun ke tahun. Melalui modenisasi ini juga, perkara ini telah mempengaruhi gaya hidup masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian tidak kiralah dari segi kegunaan untuk bekerja, belajar mahupun bersosial.


Teknologi ini juga bukan sahaja mempengaruhi jiwa dewasa malah berlaku juga terhadap kanak-kanak yang kini lebih pintar menggunakan alat-alat seperti telefon pintar dan tablet.

Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak tidak terlalu taksub terhadap penggunaan gajet ini supaya tidak memberi kesan yang buruk kepada mereka.

Tak bagi anak main gajet semasa makan

Seperti baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi sebuah hantaran mengenai kesan buruk yang berlaku sekiranya mengabaikan anak bermain gajet lebih-lebih lagi pada waktu makan bersama keluarga.

Hantaran tersebut telah dikongsi di laman Facebook RuQayyah Muhd yang berkongsi caranya mendidik anak supaya tidak bermain gajet semasa makan bersama.

No gadjet at the table. Sejak kecil, abu dan ummi saya cukup pantang. Bila waktu makan, ada benda lain yang…

Posted by RuQayyah Muhd on Tuesday, August 16, 2022

“Sejak kecil, abu dan ummi saya cukup pantang. Bila waktu makan, ada benda lain yang dihadapkan. Makan sambil tengok Tv. Makan sambil baca buku dan sekarang makan sambil tengok gajet.”

Dia turut meluahkan pemerhatiannya yang rata-rata kini anak-anak disajikan dengan gajet di tangan semasa makan oleh ibu bapa sebagai pemudahcara.

“Mata di skrin. Tangan suap makanan. Kadang tumpah bertaburan. Mulut kunyah tapi tak tahu pun apa yang dimakan.”

Kesan buruk mengadap gajet semasa makan terhadap anak

Menurut hantaran itu juga, dia berkongsi bahawa terdapat banyak kesan buruk yang berlaku sekiranya membiarkan anak mengadap gajet semasa makan dimana antara keburukannya seperti kepuasan makan itu tidak muncul kerana fikiran kita fokus ke arah gajet semata-mata.

“Itu yang kejap lagi asyik lapar dan nak cari benda lain lagi. Kita juga akan terbiasa makan berlebihan disebabkan tak puas makan dan tak sedar berapa banyak kita ambil.”

Menurutnya juga, proses penghadaman itu bukan hanya bermula bila makanan masuk ke mulut tetapi apa yang kita lihat dan bau juga akan sangat memberi impak kepada apa yang kita ambil.

Waktu makan adalah waktu meluangkan masa bersama keluarga

Selain itu juga, dia menegaskan bahawa waktu makan seharusnya menjadi waktu sekeluarga meluangkan masa bersama-sama selepas sehari semua sibuk melakukan hal masing-masing dan waktu makan jugalah mengumpulkan sekeluarga di satu tempat.

“Masa ni lah nak catch up cerita seharian dalam hidup anak, apa yang anak lalui dan rasai.”

“Kalau masing-masing sibuk dengan telefon, esok lusa anak besar, balik kampung ziarah mak ayah pun sibuk dengan telefon. Makan tak tengok wajah mak yang penat masak makanan kegemaran anak.”

Dia juga berharap agar ibu bapa di luar sana sedar dengan perkara ini agar tidak memberi keburukan pada masa hadapan. Pada waktu itu, ibu bapa tidak boleh menyalahkan anak jika berkelakuan sedemikian kerana pada awalnya buluh tidak dilentur dengan sebaiknya.

Ruqayyah juga memberitahu di dalam hantaran tersebut bahawa tidak mudah untuk didik anak-anak untuk diam di meja makan.

“Kami juga ada fasa anak berlari-lari sana sini di kedai makan masa kecil. Boleh faham tahap stres tu. Tapi, kita sebagai ibu ayah yang kena didik anak sebaiknya.”

Lakukan aktiviti bersama anak semasa di meja makan

Dia juga memberikan cadangan kepada para ibu bapa agar berfikiran kreatif dengan membuat aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama anak di meja makan seperti bermain permainan kad, membawa buku aktiviti dan buku mewarna sementara tunggu makanan sampai.

“Percayalah, memori makan beramai-ramai masa kecil tu yang paling dikenang dan disebut-sebut bila besar nanti.”

300103584 10159221814444211 4171700016551770229 N299842829 10159221814584211 6130804682578858137 N 299532116 10159221814454211 8498415181688096836 N

Ada kalanya anak sangat memerlukan perhatian daripada ibu bapa. Jadi, dengan melakukan aktiviti sebegini sebenarnya mampu meningkatkan hubungan yang akrab antara anak dan ibu bapa. Korang setuju tak?

Baca: Netizen Minta Hentikan Trend Guna Suara Hantu & Kurung Anak Dalam Bilik, Takut Trauma Jangka Panjang!

Screenshot 2022 08 17 At 5.11.50 Pm

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.