Sebelum ini, pernah tular sebuah trend di media sosial dimana para ibu bapa yang menggunakan suara hantu dan bertindak mengurung anaknya di dalam bilik untuk melihat reaksi mereka sama ada menangis ataupun tidak.
Trend tersebut mendapat perhatian yang sangat ramai di laman TikTok termasuklah beberapa selebriti tanah air yang ikut mencuba kepada anak-anak mereka.
@bellaastillah_94 Siang2 pun takut si abang ni. Tengok adik relax jak😝😂
@fiqrinuriadi
Namun, ada juga antara netizen yang tidak bersetuju kepada ibu bapa yang mengikut trend tersebut kerana dikatakan banyak kesan buruk yang boleh berlaku terhadap anak-anak dan mungkin dalam jangka panjang.
Boleh beri kesan buruk pada anak
Menurut hantaran yang dikongsi di laman Facebook Public Health Malaysia, ia menerangkan beberapa kesan buruk yang boleh berlaku terhadap anak akibat trend tersebut dan ibu bapa seharusnya tidak sesekali melakukan perkara tersebut kepada anak sendiri.
https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/pfbid0XPydZ81BSSkVLGQS4nxv6dvJBZVX1CMkcrAULfUZX7sirKEq73Ewg43WFdr3SebKl
Menurut hantaran tersebut, ibu bapa merupakan individu yang paling dipercayai dan penting untuk dunia kanak-kanak.
Apabila kepercayaan ini terhakis dan luntur akibat tindakan luar jangkaan ibu bapa dalam membuat trend ini, ia akan memberi kesan dari segi personaliti dan emosi anak-anak.
Selain itu, anak-anak juga akan menjadi penakut, terlalu sensitif, pemarah dan akan timbul rasa dendam terhadap ibu bapa yang boleh menjadikan kemenjadian anak ke arah negatif. Dalam pada itu juga, trend ini akan menimbulkan parut emosi terhadap kanak-kanak dan mungkin mendapat trauma yang berpanjangan.
Minda anak ibarat jalan raya
Selain itu, tular juga sebuah hantaran di laman Facebook yang memberi ulasan terhadap trend tersebut. Hantaran itu juga tidak menyokong perbuatan beberapa ibu bapa yang menakutkan anak-anak ini yang boleh membawa kemudaratan terhadap emosi mereka.
Menurut hantaran tersebut, dia menerangkan minda anak seperti jalan raya kerana ibu bapa yang menentukan jalan mana yang mereka bawa untuk masa depan anak mereka.
“Kalau kita terapkan sangat ketakutan, itu saja lah yang dia akan nampak. Dan jangan lupa, highway tu mula akan bercabang-cabang.”
Dia juga mengatakan anak-anak mungkin tidak akan takutkan hantu sahaja malah lebih lagi seperti takut gelap, takut nak tinggal di rumah seorang diri dan takut perempuan yang berambut panjang.
Trauma berpanjangan sampai ke besar
Hantaran tersebut menegaskan bahawa anak-anak akan trauma sepanjang hidup dimana ia akan menganggu proses tumbesaran mereka dan memori ketakutan tersebut akan terbawa sampai ke besar!
Ia juga akan menjadi punca anak-anak akan merasa fobia dan kemurungan apabila dewasa. Kesan yang sama juga berlaku apabila ibu bapa biasakan anak tengok cerita seram dan berunsurkan keganasan.
Melentur biarlah dari rebungnya. Ibu bapa jugalah idola yang terbaik untuk anak-anak dan tindak-tanduk ibu bapa dilihat oleh mereka. Para parents di luar sana kena take note ye!