in

Wanita Kahwin Dengan Bapa Pengantin Lelaki Lepas Bakal Suami Cabut Lari Sebelum Akad Nikah

Ft Bakal Bapa Mentua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah keluarga di Desa Jikotamo, Kecamatan Obi, Halmahera Selatan, Indonesia terpaksa menggunakan ‘jalan pintas’ untuk menyelesaikan satu masalah besar yang menimpa apabila bakal suami anak mereka ‘cabut lari’ semasa hari pernikahan.

Akibat kejadian itu, wanita tersebut telah dinikahkan dengan bapa kepada pengantin lelaki itu,  Tribunnews melaporkan bahawa ia berikutan dengan desakan daripada keluarga sebelah wanita yang mahu majlis diteruskan.


Screenshot 2023 09 04 165848

Dalam satu video yang kini sedang tular di negara itu, kelihatan seorang lelaki yang mengenakan baju kemeja batik lengan panjang  duduk berhadapan dengan individu yang didakwa sebagai bapa lelaki tersebut.

Artikel Berkaitan : Malu Isteri Hamil 6 Bulan Masa Sanding, Pengantin Lelaki Larikan Diri Lepas Habis Nikah

Artikel Berkaitan : “Pelamin anganku musnah” – [VIDEO] Lelaki Menduda Kali Ke-2 Lepas Pengantin Perempuan Lari Majlis

Video tersebut diteruskan dengan proses ijab kabul antara bapa lelaki dan wanita yang sepatutnya menjadi menantunya. Menurut sumber, abang kepada wanita itu mengatakan bahawa keluarga mereka datang ke lokasi akad nikah sebaik sahaja mendapat perkhabaran tersebut.

Screenshot 2023 09 04 165805

“Para tetamu sudah datang untuk memenuhi undangan pernikahan. Keluarga lelaki itu kemudian memberitahu yang anak mereka hilang tanpa dapat dikesan.”

Jelas sumber, abangnya menjelaskan bahawa si adik telah menjalin hubungan cinta yang agak lama dengan pilihan hatinya.

Tambahnya, dia dan keluarga mengalami kerugian sehingga Rp25 juta (kira-kira RM7,630) menguruskan persiapan majlis pernikahan itu. Dia juga berasa dipergunakan dan turut malu dengan insiden yang telah berlak

Sumber : Tribunnews

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.