in

“Pelamin anganku musnah” – [VIDEO] Lelaki Menduda Kali Ke-2 Lepas Pengantin Perempuan Lari Majlis

Ft Lelaki Duda Kali Kedua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesiapa sahaja pun pasti akan rasa teruja apabila tarikh untuk hari persandingan mereka semakin hampir kerana itulah hari yang dikhaskan untuk meraikan raja sehari tersebut.

Segala usaha yang telah dicurah oleh ahli keluarga dan rakan terdekat untuk menjayakan hari tersebut akan diraikan.Tapi korang pernah terfikir tak kalau salah seorang dari pegantin tu lari apa akan jadi pada majlis?


Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok mengenai seorang lelaki yang berkongsi kisah mengenai hari persandingannya yang tidak menjadi gara-gara pengantin perempuan yang melarikan diri.

https://www.tiktok.com/@keroll0907/video/7177672309380042011?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&item_id=7177672309380042011

Kapsyen “pelamin anganku musnah” yang disertakan bersama video berdurasi 28 saat tersebut telah menimbulkan tanda tanya daripada warganet.

Mana tidaknya, warganet berasa hairan bagaimana wajah lelaki yang kacak persis pelakon popular Asyraf Muslim, tetapi telah bergelar duda pada usia yang muda. Tambahan pula pasangan yang bakal dinikahi pada 18 Disember lalu juga telah melarikan diri.

Majlis pernikahan bertukar menjadi kenduri doa selamat

https://www.tiktok.com/@keroll0907/video/7178710513461873947?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Apa yang menyedihkan adalah segala keperluan untuk majlis pernikahan dan resepsi telah tersergam indah, namun niat untuk membina rumah tangga buat kali kedua tidak kesampaian.

Nidzam, 28, berkata susulan kejadian itu dia terpaksa mengubah majlis perkahwinan kepada kenduri doa selamat kerana tempahan katering yang telah dibayar tidak dapat dibatalkan.

Bagaimanapun, dia redha menerima suratan takdir jodohnya yang tidak kesampaian ini dengan hati yang terbuka.

Tak dapat terima duda anak satu

Screenshot 2022 12 20 120002

Tambah Nidzam, dia mendakwa segalanya berpunca daripada sikap pasangan yang tidak dapat menerima anak perempuan tunggalnya hasil daripada perkahwinan pertamanya tiga tahun lalu.

“Kos majlis lebih kurang RM20,000 kerana majlis kampung, jadi hari bahagia bertukar majlis doa selamat,” ujarnya.

Walaupun pernah berdepan kegagalan dalam membina rumah tangga sebelum ini, Nidzam mengakui dia masih tidak serik untuk mencari cinta sejati.

Malahan, pintu hati pemuda itu sentiasa terbuka untuk mana-mana wanita yang sedia menerima dirinya dan anak perempuan tunggalnya itu.

Sumber : TikTok, mStar

Kesiann abang ni.. semoga tabah lalui dugaan ni bang..

Baca : “Your wedding, my dream” – [VIDEO] Aksi Pengantin Baru Buat ‘Flashmob’ Raih Pujian Netizen

Ft Wedding Farzana 758X399 1

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.