Jika orang lain menjadikan aktiviti menunggang kuda sebagai hobi, lain ceritanya buat seorang wanita dikenali sebagai Leanne yang mahu menjadi seekor kuda. Difahamkan, badannya turut dilengkapi dengan pelana, kekang dan bit seperti kuda yang sebenar.
Pelik tapi benar, namun itulah minat wanita ini meskipun ia kedengaran tidak logik. Leanne menggelarkan dirinya sebagai Shyanne apabila bertukar mnejadi seekor kuda. Terlalu menjiwai watak sebagai seekor kuda, Leanne menyuruh rakan baiknya sendiri, Grace untuk menungganginya di belakang.
Jelas Leanne, dia mengakui ini adalah sesuatu yang pelik. Namun, dia berkata menjadi seekor kuda membuatkan dia berasa seronok dan boleh menjadi diri sendiri. Dia juga sering membawa diri ke tempat indah untuk berehat seperti seekor kuda.
“Apabila menjadi seekor kuda dan badan dilengkapi dengan peralatan, saya berasa lebih bebas. Saya menjadi diri saya yang sebenar”, ujar wanita ini.
Untuk rekod, Leane merupakan seorang pencinta haiwan dan memiliki beberapa ekor kuda serta seekor kucing bernama Ember. Jelasnya, dia akan membayangkan dirinya haiwan apabila melihat haiwan peliharaannya.
Berkongsi lanjut, ketika bertukar menjadi seekor kuda, rakannya Grace akan membawa peranan sebagai individu yang mengambil tampuk, memimpin dan menunggang dirinya seperti yang dilakukan ke atas kuda sebenar. Dia turut mengakui aksi dan pakaiannya mendapat reaksi mengejutkan dari ramai pihak. Namun, Leanne berkata masih ramai yang bersikap positif dengan perubahan yang dilakukan
“Setiap hari ketika bangun untuk ke tempat kerja, saya sering rasa mahu melarikan diri. Tetapi selepas menjadi gadis kuda, hasrat tersebut diluahkan menerusi penyamaran sebagai seekor kuda”
“Keadaan tersebut begitu menggembirakan saya. Saya rasa, semua individu perlu merasainya”, kata wanita ini.
Difahamkan, Leanne telah membelanjakan antara RM20,000 hingga RM50,000 untuk memenuhi minatnya menjadi seekor kuda. Meskipun dengan kos yang mahal, Leanne tidak merasakan ia adalah satu bentuk pembaziran.
Kredit: Kosmo
BACA: Harga Minyak Naik,’Koboi’ Thailand Ini Tunggang Kuda Ke Tempat Kerja