in

Harga Minyak Naik, ‘Koboi’ Thailand Ini Tunggang Kuda Ke Tempat Kerja

F1 Kuda Minyak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Malaysia, ramai yang memandu kereta sendiri untuk ke tempat kerja kerana mereka rasa ia lebih cepat berbanding naik pengangkutan awam.

Lain pula ceritanya dengan seorang lelaki dari Thailand ini kerana dia memilih untuk menunggang kuda untuk ke tempat kerjanya setiap pagi, lapor The Smart Local.


Kuda Minyak 3

Difahamkan, apabila ditanya mengapa dia memilih untuk naik kuda untuk sampai ke tempat kerja sebagai ganti kereta atau motosikal sebagai kenderaan, dia menjawab dia risau dengan harga minyak petrol yang semakin meningkat.

Nampaknya harga minyak bukan sahaja meningkat di Malaysia malah negara-negara lain di seluruh dunia pun ada yang turut terasa tempiasnya.

Dalam masa yang sama, dia juga mengatakan caranya itu boleh mengurangkan pencemaran bumi.

Kuda Minyak 2

Lelaki yang tinggal di Phayao, Thailand itu turut berkongsi bahawa dia menunggang kuda yang dibelinya pada lima bulan lalu.

Yang lagi kagum, dia bukan sahaja naik kuda untuk bekerja, malah dia turut menggunakan mod transportasi yang sama untuk melawat lembu peliharaannya dan ke pasar.

Rupa-rupanya, lelaki berusia 22 tahun itu memang meminati sukan berkuda sejak kecil lagi. Mungkin juga tempat kerjanya dari rumah tak perlu melalui highway atau jalan besar la kot, sebab tu selamat untuk dia tunggang kuda kan.

Walaupun kita tak boleh nak guna kaedah yang sama untuk kurangkan pencemaran, mungkin kita boleh cuba cara lain macam kitar semula sampah atau naik pengangkutan awam sekurang-kurangnya dua kali seminggu. 

Sumber: The Smart Local, Mgronline 

Baca: “Chocotop atas jalan siapa nak kutip?”- Geng Berkuda Drive-Thru McD Undang Pelbagai Reaksi Netizen 

Kuda Minyak 1

Sumber: Thairath
Sumber: Mgronline

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.