in

Wanita Dirogol Pemandu Grab Dalam Kereta Ketika Dihantar Pulang ke Seri Kembangan

Page 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ibu tunggal dilaporkan telah dirogol oleh pemandu Grab ketika dalam perjalanan pulang ke rumah pada awal pagi Ahad ( 11 Jun).


Menurut The Star, wanita berusia 29 tahun itu menggunakan perkhidmatan perkongsian kenderaan, Grab untuk pulang ke rumahnya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan selepas habis sesi karaoke di sebuah pusat karaoke di Petaling Jaya.

Ketika dalam perjalanan, suspek yang memandu Perodua Myvi berwarna kuning kemudian memberhentikan kereta berhampiran rumah mangsa dan merogolnya.

Rogol 4
gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, polis menerima laporan daripada mangsa kira-kira jam 4 pagi.

Mangsa mendakwa tidak melawan kerana berada dalam keadaan mabuk. Selepas kejadian, suspek menghantar mangsa pulang ke rumahnya.”

Selepas dihantar pulang ke rumah, wanita yang mempunyai dua anak itu kemudian membuat laporan polis sebelum dibawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut.

Sebaik menerima laporan, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang terus bertindak dan berjaya menahan pemandu berusia 30 tahun itu di rumahnya di Sungai Buloh pada jam 10 malam hari yang sama. Kereta dan pakaian yang digunakan suspek ketika kejadian turut dirampas untuk siasatan lanjut.

Grab1
sumber: facebook

Selepas diperiksa, suspek didapati sudah berkhidmat sebagai pemandu GrabCar selama enam bulan. Suspek juga mensasarkan untuk mengambil penumpang antara waktu lewat malam hingga awal pagi. 

Pemeriksaan turut mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan direman sehingga Sabtu. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Hati-hati lah semua, seeloknya jangan keluar sehingga lewat malam atau awal pagi jika anda perlu pulang sendiri.

Baca: Gadis Diraba dan Nyaris Dirogol Pemandu Grab Car

Grab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.