in

Gadis Diraba Dan Nyaris Dirogol Pemandu Grab Car

Grab

Semenjak kemunculan syarikat Uber dan Grab Car yang mula menyaingi kemudahan awam seperti teksi, ramai di antara kita tanpa ragu-ragu menggunakan perkhidmatan mereka untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi. Pun begitu, kita haruslah sentiasa berwaspada.

Menerusi laman Twitter @aasyzhr, gadis ini menceritakan pengalaman yang menimpa sahabatnya ketika menaiki Grab Car.

Menurut @aasyzhr, sahabatnya dikatakan nyaris dirogol semasa menaiki Grab Car untuk pulang ke rumah. Lelaki yang bernama Aziezul Izuwan itu dikatakan selalu mengambil penumpang dari Bangi ke Putrajaya.

Img 0799
sumber: twitter

Pemandu Grab Car tersebut memulakan agenda jahatnya dengan mengajak mangsa duduk di tempat duduk hadapan supaya mereka lebih mudah berbual-bual.

Namun apabila kenderaan tersebut melalui jalan sunyi, pemandu lelaki itu mula mengambil kesempatan terhadap mangsa dengan meraba bahagian payudara gadis tersebut.

Img 0800
sumber: twitter

@aasyzhr juga menerusi Twitter sempat memberitahu bahawa suspek memakai kenderaan Myvi dan mendedahkan akaun Instagram yang digunakan pemandu itu sebelum semua tweet tersebut dipadam setelah mendapat kecaman netizen.

Grabcar Uber Reminder 2
sumber: twitter

Segelintir netizen mempersoalkan tindakannya yang sekadar meluahkan masalah tersebut di laman Twitter dan tidak mengadukan kes ini kepada pihak polis.

Unnamed
sumber: twitter

Pun begitu, @aasyzhr tidak mendiamkan diri dan kembali membalas kecaman warga Twitter dengan mengatakan bahawa sahabatnya sudah pun membuat laporan polis.

Unnamed 1
sumber: twitter

 

Unnamed 4
sumber: twitter

Selain itu, melalui bantuan netizen, mereka telah berjaya menjejaki akaun Instagram pemandu Grab Car tersebut dan menyebarkan wajahnya di laman Twitter supaya lebih ramai yang dapat mengecam wajah si pelaku. Tudiaa pakar stalker semua!

Img 0802
sumber: twitter

Dalam pada itu, bahagian komen Instagram yang disyaki pemandu Grab Car tersebut juga dilimpahi komen-komen nasihat dan tidak kurang juga yang mengecam dan memaki hamun tindakannya. Tidak lama selepas itu, akaun tersebut pula ditutup. Takutlah tu kannn… hehe!

Grabcar Uber Reminder 3
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, diharapkan pihak Grab Car lebih berhati-hati dalam memilih pemandu yang sesuai untuk menjalankan perkhidmatan ini. Kejadian ini juga merupakan peringatan keras buat para gadis untuk sentiasa berhati-hati walau di mana anda berada.

Sentiasa sediakan pepper spray atau apa-apa barang yang boleh melindungi diri di dalam beg selalu. Manalah tahu kalau-kalau ada benda tak elok nak terjadi kan…