Wanita Dirogol Dua Kali di Rumah Oleh Jiran Yang Berpura-pura Mahu Pinjam Ubat Gigi

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sedih dan risau memikirkan nasib wanita yang makin hari makin dilayan dengan teruk. Dipukul, didera, dirogol dan sebagainya, begitulah wanita kini diperlakukan.

Terlampau banyak kes rogol dilaporkan berlaku semenjak dua menjak ini. Bukan hanya di tempat tersembunyi, malah di tempat awam juga mereka (penjenayah) sudah berani bertindak. Lebih dahsyat lagi, di rumah sendiri juga mereka menjadi mangsa perlakuan tidak bertamadun orang lain.

Seorang wanita berbangsa Cina dilaporkan menjadi mangsa rogol di rumahnya sendiri baru-baru ini. Lebih teruk lagi, mangsa telah dirogol oleh jiran sebelah rumah!

Gambar hiasan

Menurut World of Buzz, wanita berusia 45 tahun itu telah dirogol dua kali di rumahnya tahun lalu ketika dia datang ke Singapura untuk melawat suaminya.

Suaminya bekerja di dalam industri pembinaan di Singapura selama 12 tahun. Memandangkan isterinya mahu melawat, dia membuat keputusan untuk menyewa rumah untuk tinggal bersama sepanjang lawatan itu. Dapat jiran perogol pulak!

Pada 29 Februari 2016, wanita itu berseorangan di rumah kira-kira jam 11 pagi sementara suaminya bekerja. Pada ketika itulah seorang pekerja lelaki warga Bangladesh berusia 32 tahun mengetuk pintu sambil memegang berus gigi. Suspek yang dikenalpasti sebagai Hussein kemudian meminta untuk meminjam ubat gigi dari wanita itu. Tanpa mengesyaki apa-apa, dia membenarkan suspek masuk dan membawanya ke bilik air untuk mendapatkan ubat gigi.

Gambar hiasan

Sebaik dibenarkan masuk, suspek mengambil kesempatan dan menutup pintu bilik air dengan pantas. Terkejut dengan apa yang berlaku, mangsa cuba melarikan diri dan bergelut tetapi lelaki itu berjaya menarik seluar lalu merogolnya.

Selepas dirogol, mangsa cuba melarikan diri namun suspek berjaya merentap bahunya untuk menghalang. Suspek kemudian menariknya masuk ke dalam bilik dan merogolnya sekali lagi. Selepas itu, dia keluar dari rumah seperti biasa dan mangsa terus membuat laporan polis.

Kes dibawa ke mahkamah pada 4 Julai 2017 di mana defendan mengaku tidak bersalah. Kes akan dibawa ke perbicaraan di mahkamah tinggi.

Jangan mudah percaya orang, zaman sekarang ni memang susah nak bersangka baik dah!

Baca: Gadis Dirogol Rakan Dikenali Melalui Facebook Beberapa Kali Ketika Berjumpa Buat Pertama Kali

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!