in

Wanita Dakwa Tertipu Lepas Terbeli Kasut Dari Butik Chermas & Kaeth Di China

F4 Chermas Kaeth

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan jenama beg tangan dan kasut terkenal, Charles & Keith kan. Brand tersebut memang menjadi kegemaran wanita di Malaysia kerana rekaannya yang cantik seperti beg mewah dan harganya juga boleh tahan.

Namun, seorang wanita di China pula mendakwa dirinya terasa seperti tertipu apabila dia terbeli sepasang kasut berharga 500 yuan atau kira-kira RM321 dari sebuah butik yang dinamakan Chermas & Kaeth.


15

Wanita itu pada mulanya menyangkakan butik yang dimasukinya itu adalah butik Charles & Keith namun apabila selesai membayar dan dia telah keluar dari premis berkenaan, barulah dia sedar rupanya nama butik itu ialah Chermas & Kaeth.

16

Menurut Mothership.sg, bahagian depan butik juga kelihatan hampir sama seperti bahagian luar butik Charles & Keith kerana turut mempunyai lantai marmar dan rak pameran yang ringkas.

Jadi, mungkin bila sekali tengok, dia tak perasan kot yang tu bukan butik Charles & Keith. 

Menurut laman web jenama Chermas & Kaeth, brand tersebut berasal dari Guangdong dan telah diasaskan di Hong Kong pada tahun 2018.

17

Namun, tak dapat dipastikan pula adakah rekaan produk-produk yang dijual oleh Chermas & Kaeth seperti beg tangan wanita dan kasut adalah betul-betul sama atau tidak dengan jenama Charles & Keith.

Namun, ada netizen negara itu mendakwa dia juga pernah tertipu seperti wanita itu kerana ada beg yang rekaannya kelihatan sama seperti Charles & Keith.

Difahamkan, jenama Charles & Keith mempunyai lebih kurang 270 butik di tanah besar China.

Sumber: Mothership.sg

Baca: “Kalau ye pun tukar sikit nama tu” – Kedai ‘Froyo’ Dikecam Kerana Tiru Nama ‘LLao Llao’

Untitled Design 2022 03 29T163129.556

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.