in

“Kalau ye pun tukar sikit nama tu” – Kedai ‘Froyo’ Dikecam Kerana Tiru Nama ‘LLao Llao’

Untitled Design 2022 03 29T163129.556

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Llaollao bukanlah rangkaian dessert yang baru di Malaysia dan tidak dapat dinafikan orang Malaysia sangat menyukainya.


Bagaimanapun, nampaknya rangkaian kedai frozen yogurt (froyo) dari Sepanyol tersebut sangat diminati sehingga sebuah jenama tempatan meniru bulat-bulat sehinggakan namanya pun hampir sama.

Kedai tersebut juga menjual manisan yang sama iaitu froyo, malah ia juga mempunyai konsep yang sama dengan francais Llao Llao, lebih memeranjatkan lagi, namanya juga ll.la.lo!

Difahamkan, kedai froyo itu baru sahaja dibuka di Ampang dan menawarkan promosi pembukaan dengan potongan harga sehingga 50%.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم الحمد لله???????? ???????? ??% ????????????? ???? ?????? ???? ????? ?????…

Posted by II.Ia.Io Malaysia on Friday, March 25, 2022

“Ingat Llao Llao dah tukar warna” 

Pastinya perkara itu mengundang kemarahan netizen, ramai yang beranggapan perkara kedai froyo tersebut tidak mempunyai pendirian dan idea yang berbeza sehinggakan nama pun ditiru.

Banyak nama lain lagi kan?

Llaollao

Llao Llao tak berdiam diri!

Selepas perkara itu tular di media sosial Facebook, pastinya ia sampai ke pihak Llao Llao dan mereka melakukan clapback atau balasan yang sangat kena dengan berita trending terkini.

Posted by llaollao Malaysia on Monday, March 28, 2022

Francais froyo ternama itu menggunakan ‘meme’ drama tampar-menampar antara Will Smith dan Chris Rock pada anugerah Oscar baru-baru ini.

Perkara itu juga menarik perhatian netizen dan ramai yang memuji kreativiti francais froyo tersebut.

Llaollaod

Mungkin kita akan nampak saingan sihat lepas ni?

Baca: “Sekuntum panggilan keluarga dari kecil” -Sharifah Rose ‘Buka Mulut’ Lepas Dituduh Tiru Jenama Lain

Untitled Design 2022 03 29T162934.003

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.