Hantaran di Threads daripada seorang wanita kini menjadi tumpuan kerana pendedahannya terhadap sikap seorang pelakon lelaki yang didakwa menjadi ‘perosak’ dalam hidupnya.
Dalam perkongsian itu, dia menyifatkan pelakon lelaki tersebut bersikap biadap dengan ibu bapanya dan suka melemparkan fitnah terhadapnya.
Meskipun tidak menyebut nama pelakon berkenaan, wanita tersebut memberi bayangan bahawa indivdu itu kini sedang menjadi sebutan kerana menjadi mangsa aniaya. Namun, wanita ini mendedahkan bahawa individu itu sendiri selalu menganiaya orang.
Artikel berkaitan : “Aku rasa ramai pelakon kanak-kanak terkena” – Pelakon ;’Diari Ramadhan Rafique’ Luah Pernah Dil*wat Keluarga Sendiri Semasa Kecil
Artikel berkaitan : Isu Pelakon Dil*wat: Firdaus Ghufran Akui Pernah Alami Situasi Hampir Sama
“Kalau ada childhood trauma jangan jadikan alasan rosakkan orang”
Tegas wanita tersebut, tujuan dia membuat pendedahan ini adalah kerana dia kerap diganggu oleh pelakon lelaki berkenaan, bahkan wanita tersebut menggesa lelaki tersebut untuk membayar hutangnya sebelum mengejar dunia ‘glamor’.
“Takkan 2026 buat comeback lepas lama kau mam*** dengan acah-acah asyuk tapi hutang orang duit orang tak bayar? Duit rumah kawan kau bila nak settle?”

Dalam perkongsian lain, wanita ini memberikan gambaran yang pelakon tersebut mempunyai childhood trauma.
Dakwanya, tindakan lelaki tersebut telah merosakkan orang lain dengan sikapnya yang lepas tangan, wang yang tidak dipulangkan semula dan trauma yang dia telah wujudkan dalam hidup orang yang berada di sisinya.

Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut mendedahkan bahawa individu itu pernah menjadi punca perniagaan orang lain jatuh dan kru produksi juga pernah mencarinya kerana ‘hilang’ tanpa dikesan, serta wanita ini juga mendakwa individu itu pernah ‘terlebih dos’ semasa penggambaran dan menghina orang yang pernah membantunya.

Sumber : Threads
