Kalau di Malaysia, selalu kita tengok wanita yang mengenakan purdah di tempat awam seperti di pusat beli-belah dan dalam pengangkutan awam. Wanita di sini bebas sahaja untuk memakai apa sahaja yang mereka suka dan ini merupakan satu keistimewaan apabila hidup dalam negara yang berbilang bangsa dan budaya.
Namun, baru-baru ini berbeza pula yang berlaku di sebuah negara Eropah yang telah bertindak melakukan sesuatu yang mungkin mendapat pelbagai reaksi daripada sesetengah pihak yang tinggal di sana.
Wanita boleh didenda lebih RM4,000 sekiranya berniqab di Switzerland
Kerajaan Switzerland bakal mengenakan denda sebanyak 900 pound (RM4,677) terhadap sesiapa yang memakai niqab dibawah undang-undang larangan burqa.
Menurut Utusan Malaysia, kerajaan di sana sudah mengemukakan draf undang-undang itu ke Parlimen dan bakal memberi keputusan tidak beberapa lama lagi.
Draf itu juga merangkumi beberapa pengecualian seperti cadangan memansuhkan larangan itu di pesawat, premis diplomatik dan juga tempat ibadah.
Selain daripada itu, pemakaian niqab atas faktor kesihatan, keselamatan, keadaan iklim dan adat tempatan akan dikekalkan. Turut dikecualikan adalah persembahan seni dan pengiklanan yang perlu memakai niqab dalam proses tersebut.
Meskipun cadangan denda itu tidak menyebut kepada wanita islam secara langsung namun ahli politik tempatan dan media di sana merujuk larangan itu sebagai ‘larangan burqa’.
Sebelum ini, Switzerland memperoleh kemenangan tipis dalam undi pungutan suara untuk cadangan melarang penutupan wajah seperti pemakaian burqa dan niqab dengan margin 51.2 berbalas 48.8.
Perkara tersebut ditentang oleh kebanyakan muslimah kerana menganggap ia adalah satu gerakan diskriminasi dan islamofobia. Umat islam di sana merangkumi 5 peratus daripada penduduk Switzerland yang berjumlah 8.6 juta orang, kebanyakannya berasal dari Turki, Bosnia dan Kosovo.
Apa kata anda?
Baca: Ramai Netizen Salute Cara Sis Niqab Ini Balas Teguran Wanita Berhijab Tegur Orang Tak Tutup Aurat