in

Ramai Netizen Salute Cara Sis Niqab Ini Balas Teguran Wanita Berhijab Tegur Orang Tak Tutup Aurat

Ft Wanita Tegur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain untuk hiburan, media sosial juga kini dijadikan satu platform untuk menyampaikan sebarang dakwah dan apa-apa ilmu berkaitan agama.


Tidak lupa juga sebarang peringatan dan ajakan yang membawa kita ke arah kebaikan dan ada juga yang membuat teguran tapi cara itu biarlah betul.

 

“Cara sis ni buatkan orang jadi makin rebel”

Satu video viral dari TikTok dan terus dibawa ke Twitter menjadi perhatian netizen selepas kenyataan balas daripada seorang wanita berniqab yang dikenali sebagai Nurul Adeline Daud ini.

Dia memberi respon selepas ada seorang wanita membuat satu teguran pedas kepada orang kaum-kaum wanita yang menjaga solat tetapi tidak menutup aurat, dia mendakwa bahawa solat seseorang itu mungkin tidak diterima.

Wanita Tegur 2

Disebabkan itu Nurul Adeline tampil memberikan respon makan dalam terhadap kenyataan wanita tersebut dengan mengatakan bahawa cara dia membuat teguran itu tak berapa elok.

 

Syaitan dan iblis ini kalau tak boleh buat kita jadi jahat, dia buat kita jadi baik sampai kita pandang rendah dekat orang lain.”

Bagi Adeline, kita perlu beri ruang dan masa kepada mereka yang berusaha untuk istiqomah dalam menutup aurat,

Dalam pada itu, Adeline juga menyatakan bahawa menjatuhkan hukum kepada seseorang itu bukanlah kerja kita sebagai hamba-Nya.

Malah, Adeline juga menyatakan ini juga sebahagian daripada ujian buat wanita yang menegur tersebut.

“Ini juga ujian buat sis, walaupun dah bertudung, kita kena jaga juga percakapan kita sis, kita tak boleh nak yakin sangat, tapi kalau mulut kita dah menyebabkan orang lain terasa hati, sis rasa sis masuk syurga kah?”

Wanita Tegur 4

Apapun, Adeline menjelaskan bahawa tiada salahnya untuk membuat teguran tetapi perlu dengan cara yang berhemah, lebih lemah lembut.

“Kalau cara macam ni orang lagi seronok nak rebel balik.”

Mendengar penjelasan daripada Adeline, ramai netizen bersetuju dan suka dengan penjelasannya.

 

Weh, mantap sister ni balas balik – Netizen

Wanita Tegur Wanita Tegur 6 Wanita Tegur 7 Wanita Tegur 8 Wanita Tegur 9 Wanita Tegur 10

Ada juga beberapa pihak lain yang memberikan perjelasan yang sama dan kebanyakan netizen yang menentang dengan pendapat individu daripada wanita yang menegur itu adalah golongan yang berhijab sendiri.

Apa pun, sama-sama lah kita saling mengingati agar diri kita sentiasa terpelihara, harap bagi mereka yang ingin menegur dapat dijadikan pengajaran dan mereka yang ingin berhijrah, mudah-mudahan semuanya dipermudahkan. Amin.

 

Baca : Sering Tertinggal Waktu Solat, Supermodel Berhijab Popular Kini Tinggalkan Dunia Fesyen Demi Agama

Ft Halima Fimal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.