in

Wanita Bingung Kereta Tak Bergerak Ketika Ujian Memandu, Rupa-Rupanya Terlupa Nak ‘Start’ Enjin!

Cats 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang yang pernah belajar memandu pasti ada satu pengalaman pahit yang tidak dapat dilupakan. Belajar memandu bukanlah satu perkara yang mudah, jadi seseorang itu lebih cenderung untuk membuat kesilapan.



Bercerita tentang belajar memandu, baru-baru ini tular sebuah video di luar negara berkenaan situasi lucu yang dihadapi oleh seorang pengajar ketika mengendalikan ujian memandu buat pelajarnya.

Terlupa hidupkan enjin!

Menerusi video berdurasi selama satu minit lebih itu, seorang pengajar lelaki dilihat sedang duduk di kerusi penumpang sambil mengawasi pelajarnya.

Ketika ujian dimulakan, pelajar tersebut melakukan rutin dan pemeriksaan sebelum memulakan pemanduan, namun dia tiba-tiba pelik apabila kereta tersebut tidak bergerak meskipun pedal minyak sudah ditekan.

1 2

Masih bingung dengan apa yang terjadi, pelajar wanita tersebut sekali lagi melakukan rutin dan pemeriksaan sebelum melakukan pemanduan. Namun, hasilnya masih tetap sama apabila kereta tersebut tidak bergerak walaupun pedal minyak sudah ditekan berkali-kali.

Selepas hampir seminit melihatkan pelajarnya tidak berjaya menggerakkan kereta, pengajar tersebut akhirnya menegur kesilapannya yang tidak menghidupkan enjin kereta.

“Ok, enjin kereta masih belum hidup”, tegur pengajar tersebut.

“Oh, patutlah..”, jawab pelajar tersebut.

@dgndriving

BEFORE YOU GUYS START, THE REASON I DIDN’T HELP HER SOONER WAS BECAUSE THIS WAS A MOCK TEST

♬ Am I Wrong Reggae Internacional 2022 – Dance Comercial Music

Tak tegur kerana itu adalah ujian

Terang pengajar tersebut, dia tidak menegur kesilapan secara terus kerana itu adalah ujian yang memerlukan pelajar memandu secara sendiri tanpa bantuan orang lain.

Video tersebut ternyata mendapat perhatian ramai yang rata-rata terhibur dengan gelagat pelajar wanita tersebut. Malah, ada juga yang mengaku pernah menghadapi situasi yang sama ketika ujian memandu kerana terlalu panik.

“Saya pernah bagitau pengajar kereta dah rosak dan kami berdua terus panik. Rupa-rupanya saya terlupa nak hidupkan enjin. Saya lulus ujian tersebut”, tulis seorang individu.

Siapa ada pengalaman yang serupa ketika ujian memandu?

BACA: Tak Ada Passport & Lesen Serta 5 Lagi Fakta Menarik Pasal Ratu Elizabeth II

Capture 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.