in

Tak Ada Passport & Lesen Serta 5 Lagi Fakta Menarik Pasal Ratu Elizabeth II

Rgebfs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemergian Ratu Elizabeth II sangat memberi kesan kepada seluruh dunia lebih-lebih lagi kepada rakyat Britain yang sudah melaksanakan Operation London Bridge yang difahamkan berlangsung selama 10 hari.


Beliau juga sebenarnya banyak memberi sumbangan dan antaranya sudah banyak menolong agensi-agensi kebajikan orang tua dan kanak-kanak dari segi dana.

Tapi, korang tahu tak sebenarnya Ratu Elizabeth II mempunyai beberapa perkara menarik yang tentu korang tak pernah dengar sebelum ini. Mari min kongsikan!

6 fakta menarik mengenai Ratu Elizabeth II yang korang kena tahu!

1. Ratu Elizabeth II tak pernah miliki pasport sepanjang beliau hidup

Beliau tidak memerlukan pasport apabila dia melancong ke luar negara. Seperti yang diterangkan oleh laman web rasmi monarki British:

Apabila melancong ke luar negara, ratu tidak memerlukan pasport British. Muka depan pasport British memaparkan Tentera Diraja, dan muka surat pertama mengandungi satu lagi representasi  bersama-sama dengan perkataan berikut:

“Setiausaha Negara Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Britannic meminta dan menghendaki atas nama Baginda semua orang yang berkepentingan untuk membenarkan individu dengan bebas tanpa izin atau halangan dan memberi pelindungan yang sewajarnya kepadanya.”

“Memandangkan pasport British dikeluarkan atas nama Baginda, adalah tidak perlu bagi Ratu untuk memilikinya. Semua ahli Keluarga Diraja yang lain, termasuk The Duke of Edinburgh dan The Prince of Wales, mempunyai pasport.”

1077237

 

2. Tak perlu ada lesen memandu dan nombor plat

Sekiranya Ratu Elizabeth II ditahan kerana memandu laju sekalipun, dia tidak akan mempunyai lesen memandu untuk ditunjukkan. Pada usia 18 tahun, Ratu Elizabeth II dilatih sebagai pemandu dan mekanik untuk Perkhidmatan Wilayah Auxiliary Wanita semasa Perang Dunia II.

Sejak itu, beliau tidak pernah dikehendaki mengambil ujian memandu dan juga boleh memandu tanpa plat nombor.

Screenshot 2022 09 09 At 5.31.28 Pm

3. Menjadi ratu seawal usia 25 tahun

Bapanya Raja George VI meninggal dunia pada usia 56 tahun pada 6 Februari 1952, ketika Elizabeth melawat Kenya bersama suaminya, Putera Philip. Ratu Elizabeth II telah dinobatkan di Westminster Abbey di tengah London pada 2 Jun 1953.

Gettyimages 170941684 9990863

4. Beliau telah melancong paling banyak dalam sejarah monarki di dunia

Ratu Elizabeth II memegang rekod bagi negara yang paling banyak dikunjungi oleh raja secara individu. Dia telah melawat lebih daripada 120 negara di enam benua. Kanada ialah negara yang dilawatinya lebih daripada negara lain di luar United Kingdom.

9R1Qcabpuihz8J2Lkuaakf2Hsbyg64E3Opcxzo7Etaa

5. Beliau tidak dilahirkan di istana

Walaupun dia adalah anak pertama Duke dan Duchess of York, Raja George VI dan Ratu Elizabeth (Ibu Permaisuri) dan cucu sulung Raja George V, Ratu Elizabeth II sebenarnya tidak dilahirkan di istana.

Sebaliknya, dia dilahirkan di sebuah rumah bandar di London yang dimiliki oleh datuk dan neneknya dari pihak Scotland, Earl dan Countess of Strathmore pada 21 April 1926.

6. Keluarga diraja termasuk Ratu Elizabeth tidak diwajibkan membayar cukai tetapi…..

Untuk pengetahun korang semua, Ratu Elizabeth II tidak diwajibkan membayar cukai secara sah. Namun, beliau tetap ingin membayar secara sukarela beberapa perkara seperti aset, pendapatan dan keuntungan yang tidak digunakan untuk tujuan rasmi, menurut oleh Business Insider.

Elizabeth

Semoga keluarga diraja tabah menghadapi ujian dan selamat bertugas kepada raja baru yang akan memerintah sistem monarki di sana.

Baca: #Throwback Kedatangan Ratu Elizabeth II Ke Malaysia, Rupanya Pernah Datang 3 Kali!

Bx Nc 2

Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.