Hampir setiap hari pasti ada saja kisah mengenai kekejaman terhadap haiwan yang dilakukan manusia yang tidak bertanggungjawab.
Terbaru, kisah yang dikongsikan seorang wanita bernama Leela My di laman Facebook yang menceritakan tentang sikap buruk jirannya meninggalkan seekor anjing yang kelaparan di dalam rumah setelah jiran tersebut berpindah ke tempat lain.
Berikut apa yang ditulisnya:
“Yang haiwan dah tentu tak ada otak. Yang tuannya? Apa cerita? Jiran-jiran jadi mangsa. Dah pindah, barang-barang belum bawa semua.”
“Tinggalkan anjing yang diikat dekat tong gas saja dalam pagar. Seminggu baru datang cuci najis dan bau anjing yang hanyir sampai tak boleh buka pintu.”
Haa? Sah tuan empunya anjing ni gila!
Malah menurut Leela, kini masalah tersebut bertambah teruk. Anjing yang diikat pada tong gas tersebut sudah terlepas dari ikatan dan tuan empunya haiwan tersebut sudah tidak lagi kelihatan melawat rumah tersebut.
Atas rasa kasihan terhadap anjing tersebut, Leela telah menghulurkan paip di tepi dinding yang berlubang untuk memberi haiwan tersebut minum. Malah dia juga telah memberi makanan kucing kepada anjing tersebut kerana bimbang melihatnya teraniaya kerana memakan najis sendiri akibat terlalu lapar. Sedihnya!
Kalau boleh buka pintu tu, nak saja lepaskan anjing tu. Terseksa dia. Dahlah tuan rumah tu garang. Takut nak cakap dekat dia masalah kami.”
Pun begitu, nasib anjing tersebut telah berubah 100 peratus selepas perkongsian Leela tular dan mendapat perhatian netizen yang prihatin.
Antaranya ialah seorang lelaki bernama Francis Yirdaki CT yang telah pergi ke tempat kejadian bersama sahabatnya untuk melihat keadaan anjing itu sendiri.
Mereka akhirnya telah menyelamatkan anjing tersebut dengan memberinya makanan sebaik sahaja haiwan tersebut keluar dari pintu pagar rumah yang ditinggalkan itu.
“Saya membuat keputusan untuk menyelamat dan menghantarnya ke klinik veterinar. Dia akan berada dalam pantauan selama seminggu dan jikalau semuanya okey, kami akan memandulkannya.”
Anjing tersebut juga telah diberi nama GIRL dan Francis mengalu-alukan derma daripada mana-mana pihak yang sudi untuk membiayai kos perubatan anjing tersebut.
Dalam pada itu, anjing tersebut yang dahulunya kelihatan kotor dan busuk telah dibersihkan dan kini Girl semakin sihat daripada dulu.
Wah dah comel dah dia!
Perkongsian daripada Leela dan Francis telah mendapat pelbagai komen positif dari netizen yang memuji sikap penyayang dan prihatin kedua-duanya dalam membantu haiwan yang teraniaya.
Malah para netizen juga dengan pantasnya menghulurkan wang bantuan buat anjing tersebut tanpa perlu disuruh-suruh. Wah terharunyaa!
Bagi yang ingin menderma buat bantuan perubatan anjing tersebut boleh menghubungi saudara Francis sendiri di sini.
Syabas buat mereka yang telah membantu menyelamatkan anjing tersebut. And shame on you tuan punya anjing! Tak ada hati perut langsung buat haiwan macam tu!
Baca: Doktor Veterinar Muslim Dipuji Kerana Sanggup Pegang Anjing Untuk Vaksinasi Rabies