in

Wanita 70 Tahun Jadi Mangsa B*nuh, Kepala Cedera Dipercayai Dit*tak

Syaz Ft 2026 05 06T105701.134

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita warga emas berusia 70 tahun ditemui maut dengan kesan tetakan tragis dalam satu kejadian di sebuah kediaman di Persiaran Pegoh Aman 2, Taman Desa Aman, malam Isnin lalu.

Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan kira-kira jam 10 malam. Hasil pemeriksaan awal mendedahkan mangsa mengalami kecederaan parah pada anggota badan, kepala, dan leher yang dipercayai berpunca daripada senjata tajam.


Artikel berkaitan: ‘Datin Suzie Pinky’ Didakwa Cedera Kerana Dit*tak Anaknya Sendiri

Artikel berkaitan: Lelaki T*tak Isteri & Anak Perempuan Di Sibu, Mangsa Sempat Hubungi Polis

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah mengesahkan bahawa sebilah parang yang dipercayai senjata pembunuhan telah ditemui di lokasi kejadian.

“Kejadian dimaklumkan sendiri oleh anak mangsa. Buat masa ini masa sebenar kejadian belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun berdasarkan siasatan awal, kejadian mungkin berlaku dalam tempoh antara jam 4.45 petang hingga 10 malam iaitu kali terakhir mangsa dilihat keluar rumah sehingga ditemui dibunuh,” katanya.

Bertindak atas maklumat, polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun yang merupakan jiran mangsa. Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta pada Februari lepas.

“Motif kejadian masih dalam siasatan. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat,” jelasnya.

Kes kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Pihak berkuasa turut meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat untuk tampil melaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menerusi talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.