in

Wang Tunai RM60K Bertaburan Atas Jalan, Pemuda Terlupa Ambil Duit Yang Diletakkan Atas But Kereta

F3 Duit Bertaburan Atas Jalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial dengan kisah seorang pemuda di Terengganu apabila dia kehilangan wang tunai miliknya sebanyak RM30,000 selepas wang tunai tersebut jatuh dan berterabur di atas jalan di Kampung Lak Lok.

Memetik laporan Berita Harian, ibu kepada pemuda yang berusia 24 tahun itu mendedahkan bahawa sebelum kejadian, anak lelakinya itu mahu membawa wang tunai lebih kurang RM60,000 ke bank untuk disimpan dengan menaiki kereta Honda Civic.


7 3
Gambar sekadar hiasan

Namun, sebelum dia bertolak ke bank, lelaki berkenaan telah meletakkan beg kain yang berisi wang tunai itu di atas but kereta kerana difahamkan, dia mahu membersihkan keretanya.

Walau bagaimanapun, selepas itu, dia terlupa untuk mengambil semula wang itu dari atas but kereta dan terus memandu dengan beg tersebut masih berada di atas but.

Jadi, ketika dalam perjalanan, beg berisi wang tunai itu telah jatuh dan wang-wang itu kemudiannya terbang dan bertaburan di atas jalan.

Lelaki itu hanya menyedari beg tersebut terjatuh selepas sampai di bandar Jertih 10 minit kemudian.

Jadi, dia cepat-cepat berpatah balik semula ke tempat kejadian untuk mendapatkan semula wangnya.

Ketika sampai, ada beberapa orang yang membantunya memungut semula duit yang bertaburan atas jalan namun dia hanya berjaya mendapatkan separuh daripada jumlah asal wang kerana separuhnya lagi dipercayai telah diambil oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab.

6 1 3

Difahamkan lagi, pemuda itu berjaya mengumpul sejumlah wang tunai itu dengan hasilnya bekerja sebagai tukang gunting.

Apa yang menyebabkan pemuda itu lagi sedih, wang yang dikumpulnya itu mahu digunakan untuk membeli kereta selain mahu membayar hutang dan upah haji arwah bapanya.

Difahamkan juga, laporan polis telah dibuat oleh mangsa tapi dalam masa yang sama, pemuda dan keluarganya memohon agar mana-mana orang awam yang  mengambil wang tunai itu agar mengembalikannya semula.

Menurut Kosmo, kejadian wang bertaburan jatuh di atas jalan itu sempat dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah kedai yang berhampiran dengan lokasi kejadian.

Sumber: Berita Harian, Kosmo

Baca: Bapa Cari Duit RM1.5k Hilang, Rupanya Anak Bawa Ke Sekolah Bagi Sedekah Dekat Kawan Susah

Anak Bawa Duit Sedekah Kawan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.