in

“Cite tu, akak berkemban tau” – [VIDEO] Bergenang Air Mata, Noorkhiriah Merayu TikToker Padam Scene Drama Lama

Ft Khiriah

Seharusnya kalau ada artis yang dah memilih untuk memakai hijab sepenuhnya, kita kena hormat dan tidak buat sesuatu yang boleh memalukan mereka. Ini tidak, ada segelintir individu yang selamba dan syok ‘up’ balik gambar atau video lama mereka.

Itu yang berlaku kepada pelakon Noorkhiriah baru-baru ini dan menurutnya ia bukanlah kali pertama dia mendapat tahu ada pihak yang membuka aib dengan menyebarkan gambar atau video ketika dia masih belum bertudung.

Memang tidak dinafikan, Noorkhiriah adalah pelakon yang hebat dan drama-drama lakonannya sering kali menjadi sebutan ramai suatu ketika dahulu. Terbaru, ada pihak yang dikatakan telah memuat naik babak lama sebuah drama lakonannya dulu.

Melalui sebuah video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok, Noorkhiriah berkata dia mendapat tahu tentang hal itu daripada seorang individu yang DM di Instagram.

Ada orang post video akak dulu yang aurat akak sangatlah tak sedap dipandang. Saya takut nak tegur sebab nanti dikatanya saya menyibuk hal orang.”

Merayu

Noorkhiriah berterima kasih kepada yang sudi memaklumkan hal itu kepadanya namun video berdurasi 2 minit itu secara keseluruhannya menunjukkan dia merayu memohon agar pihak yang menyebarkan video tersebut memadamnya.

Katanya, babak yang dimuat naik semula itu menunjukkan dia berkemban namun tidak dinyatakan daripada drama mana. Walaupun ada tuala di bahagian atas dada namun masih tidak elok disebarkan kerana imejnya kini yang sudah bertudung sudah sekian lama.

Korang semua tahu yang akak dah full berhijab tapi korang masih keluarkan lagi cerita-cerita akak yang belum bertudung.”

Akak sedih sangat, cerita tu minta maaflah cakap, akak berkemban tau.”

Tolonglah dik, kali ni akak betul-betul merayu dengan korang. Tolonglah jangan, sebabnya cerita tu tak senonoh.”

@pwinshes02

yang mne ade post filem lama kak khiriah yg zaman dia belum berhijab , tolong delete dgn segera ? #fyp #fypシ #foryoupage #esekeli #ESEKELI #fyp

♬ original sound – ? P U T R I ‘ A M I R A H ? – • P U T R I •

Mungkin individu yang muat naik scene drama lama tu semula sebab nak kongsi atau suka dengan lakonan Noorkhiriah. Tapi, sepatutnya dia lebih ‘aware’ dalam isu-isu sensitif sebegini.

Apapun, harap individu tu tengok Noorkhiriah merayu ni dan padam video yang dimaksudkan tu.

Baca: “Aku menggigil lihat IG mu” – Muat Naik Gambar ‘Seksi’, Mila Minta Nonny Jangan Sia-siakan Hidayah Allah

Collage 52

Sumber: Blog