Malam tadi, Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pertamanya selepas tiga tahun dalam penjara di dalam Himpunan Merdeka Rakyat. Antara ucapan beliau adalah mengenai isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah menolak tawaran besar dan hanya meminta untuk suaminya dibebaskan segera.
![AI2](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/05/AI2.jpg)
Menurut Sinar Harian, Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu isterinya telah dicadangkan sebagai calon PM oleh Sultan Muhammad V selepas proses penjumlahan undi tapi tawaran tersebut ditolak Azizah.
“Azizah jawab patik tidak bersedia sebab kita (HARAPAN) dah buat perjanjian dalam Pakatan Harapan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan dilantik sebagai Perdana Menteri.”
Sultan Muhammad V bertitah jarang orang politik akan menolak tawaran sebegini besar atas dasar berpegang kepada janji. Tapi ada perkara lain yang diingini Wan Azizah iaitu pembebasan suaminya.
“Tapi Azizah minta satu perkara kepada Tuanku, iaitu patik pohon kiranya suami patik dibebaskan segera. Agong bertitah baginda akan melaksanakan permohonan itu dengan segera.”
![tt1](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/05/tt1.jpg)
Tapi apa-apa pun, Anwar sempat mengucapkan terima kasih kepada Tun M kerana telah segerakan proses pengampunan serta berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana bangkit tentukan hak mereka.
“Tapi saya nak ulang, paling berjasa dalam semua ini ialah kebangkitan rakyat Malaysia. Apalah saya tanpa anda. Siapalah saya tanpa saudara saudari. Ini sejarah bagaimana rakyat bangkit tentukan hak mereka.”
Wahh.. Besarnya pengorbanan Wan Azizah.
Baca: Korang Tahu Tak Kisah Inspirasi TPM Kita, Dr Wan Azizah