in

“Walaupun sedih, itu adalah keputusan yang terbaik” – Anak Sharifah Aini Buka Mulut Isu Rumah Ibu

Anak Sharifah Aini Jawab Isu Rumah Roboh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua tiga hari ini, hangat diperkatakan mengenai banglo milik Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang terletak di Petaling Jaya telah dirobohkan oleh pemilik yang baru.

Isu berkenaan menerima perhatian beberapa pihak termasuklah kenalan terdekat Allahyarham yang berkata, pihak kerajaan sepatutnya mempunyai inisiatif untuk membeli dan memelihara kediaman tersebut termasuklah barangan penyanyi berkenaan.


Rumah Sharifah Aini 1

Artikel berkaitan: “Cantik reka bentuk rumah asal” – Pemaju Terkejut Banglo Dirobohkan Rupanya Milik Sharifah Aini

Artikel berkaitan: “Hanya tinggal kenangan” – Banglo Mewah 2 Tingkat Milik Sharifah Aini Dirobohkan

“Saya harap semua orang faham keputusan saya” – Aliff Omar 

Walau bagaimanapun, anak kepada biduanita tersebut, Aliff Omar Ali memberi respon akan hal itu dengan meluahkan rasa sedih terhadap keputusan menjual kediaman ibunya.

Menurut Aliff, tindakan itu adalah keputusan yang terbaik dia lakukan dan berharap orang ramai memahami keputusannya itu.

Walaupun saya sedih, saya rasa itu adalah keputusan yang terbaik untuk dilakukan.

“Perkara ini telah selesai dan saya berharap semua orang memahami keputusan saya,” katanya kepada Astro AWANI.

Anak Sh Aini

Aliff juga pada masa yang sama mengucapkan terima kasih kepada pihak yang masih mengingati Allahyarham ibunya.

Terima kasih atas perhatian dan kerana masih mengingati ibu saya yang telah lama meninggal dunia,” katanya.

Terdahulu, kediaman milik penyanyi dan pelakon terkenal ini dilaporkan diiklankan pada tahun 2018 di Facebook untuk dijual pada harga RM8 juta dan iklan itu juga ada menyatakan bahawa rumah berkenaan milik Allahyarham.

Namun hasil tinjauan pihak media baru-baru ini mendapati kediaman terbabit sudahpun diratakan untuk pembinaan bangunan tiga tingkat dan wakil syarikat pemaju memberitahu hartanah itu dibeli pada harga kira-kira RM4 juta.

71719901377 Freesize 608X413 1

Apa-apapun kita sama-samalah sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Sharifah Aini. Sebaiknya kita hormatilah keputusan anak arwah dalam isu ini. 

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.