in

“Walaupun bilangan kes kurang 100, tapi…” – Ini Jawapan Dr Hisham Tentang ‘Tindakan Drastik’ Laksana PKPB

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, jumlah kes di Selangor telah membuat peningkatan mendadak mencecah hampir 3 kali ganda dengan jumlah sebanyak 69 kes berbanding 26 pada hari sebelumnya.


Ekoran ini, pada sidang media semalam, Dato’ Sri Ismail Sabri telah memberitahu bahawa mulai 14 Oktober, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

121158194 10157432302766237 976399747457626998 O

Sejurus selepas pengumuman tersebut, ramai netizen meluahkan rasa terkejut dengan tindakan ini dan menganggap ia sebagai satu keputusan drastik yang dibuat oleh kerajaan.

Dalam sidang media perkembangan kes oleh Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam, beliau menjawab soalan dari media mengenai perkara ini.

Screenshot 2020 10 13 At 12.05.01 Pm

Katanya, faktor utama PKPB perlu dijalankan bukannya hanya kerana bilangan kes makin meningkat, tapi kes makin berselerak dalam komuniti, ini menjadikan PKP Diperketatkan secara bersasar tidak lagi efektif.

“Bagi kawasan Lembah Klang (Selangor, KL dan Putrajaya) walaupun bilangan kes direkodkan setiap hari kurang dari 100 kes, tapi ia secara konsisten merekodkan kes baru setiap hari dan mula menular di semua daerah kecuali Sabak Bernam.

“Kita tidak lagi boleh untuk hanya melihat dan menunggu zon-zon kuning menjadi merah untuk melaksanakan perintah-perintah kawalan seperti PKPB atau PKPD.

“(Kita) bukan hanya sekadar (perlu) melihat bilangan kes positif tetapi juga corak penularan jangkitan tersebut di dalam negeri.”

Oleh itu, pendekatan yang terbaik untuk memutuskan rangkaian penularan adalah dengan melaksanakan PKPB di seluruh negeri suapa penularan jangkitan rentas daerah atau negeri dapat dikawal dan dibendung dengan lebih berkesan.”

Walaupun kita tahu benda ni bukan sepenuhnya salah kita, nak tak nak kita tetap perlu bekerjasama untuk sekali lagi melandaikan lengkungan di negara ini. P.s: Jangan panic buying please, boleh je keluar beli barang masa PKPB ye…

 

Baca: Pelaksaan PKPB Di Selangor, KL, Putrajaya Dan Sabah, Semua Institusi Pendidikan Akan Ditutup

Aa 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.